Pix: Leong Weng Onn (NSTP)
Bagaimana kalau bapaku menjadi seorang yang amat pengingat?
Dia pasti tidak memarahiku kalau malas ke sekolah dulu
Kerana menurut nenekku
Bapaku hanya dua minggu menjejak tangga sekolah
Puncanya?
Kuku panjangnya diketuk guru.
Puncanya?
Kuku panjangnya diketuk guru.
Bayangkan kalau pensyarahku juga seorang yang amat pengingat
Dia tentunya juga tidak
ambil pusing kalau pelajarnya ponteng
Kerana menurut rakannya
yang kemudiannya jadi rakan sekerjaku
Pensyarahku juga begitu sewaktu di U dulu.
Kadang-kadang amat baik menjadi seorang pelupa.
Reporter tentu tidak mahu
menulis lagi
Kalau storynya sentiasa
dinafi
Businessman tentu tak mahu
berniaga lagi
Kalau hanya ingatkan rugi
Untunglah mereka orang
yang pelupa.
Bayangkan apa akan terjadi
Kalau orang politik
menjadi seorang yang amat pengingat
Peruntukan lima tahun pasti hangus dalam tempoh lima hari
Bagi yang pelupa, di
sana-sini hartanya lima
tahun lagi sebelum disarakan
Nah! Bahaya sekali menjadi sang
pelupa.
*Tuan/ Puan
Di sini Sang Pencerita ingin berpesan
Kalau periuk belanga mahu diterbangkan\
Ingat kembali
Malam pertama perkahwinan.
*Tuan/ Puan
Di sini Sang Pencerita ingin berpesan
Kalau periuk belanga mahu diterbangkan\
Ingat kembali
Malam pertama perkahwinan.
Sajak ini aku baca pada Malam Akhbar
yang dihadiri Menteri Besar, Exco dan kesemua wakil rakyat. Sebagai Timbalan
Presiden Kelab Akhbar yang baharu kami tubuhkan, aku turut diminta membuat
persembahan pada malam yang bertujuan mewujudkan hubungan akrab media dengan
kepimpinan negeri yang baru saja dipilih. Tukang aturnya tentulah Setiausaha
Akhbar Menteri Besar yang baharu dilantik. Kebetulan Shariff Ahmad, kawan baik
kami sendiri, bekas wartawan.
Aku melihat sebahagian besar hadirin
termasuk Menteri Besar ketawa terbahak-bahak mendengar bacaan sajakku itu
melalui rakaman video yang masih tersimpan ke hari ini.
Bagaimanapun yang terkesan,
(harap-harap aku silap) beberapa tahun kemudian aku merasakan `hubunganku’
dengan mereka agak berbeza. Hendak dikatakan tidak mesra, mesra juga tetapi
suam-suam kuku sahaja.
* Rangkap ini biasanya Sang Pencerita akan ubahsuai mengikut majlis.
Contoh: Majlis Temu Kembali DTCJB/ 1972-1973 di Kota Bharu, Kelantan
Abe kakok
Lo ni hambo nak ghoyak
........ (tambah sendiri)
Contoh: Majlis Temu Kembali DTCJB/ 1972-1973 di Kota Bharu, Kelantan
Abe kakok
Lo ni hambo nak ghoyak
........ (tambah sendiri)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan