Gadis Inggeris memang peramah. Kalau silap haribulan, kita menyangkakan mereka syok pada kita semata-mata cara mereka melayan kita. Ini pastinya berlaku sewaktu bertemu mereka untuk bertanyakan sesuatu ketika di luar universiti atau sewaktu membeli-belah.
Di universiti kita tidak tahu yang mana satu gadis Inggeris sejati. Wajah mereka hampir serupa – tidak kira yang dari Italy, Peranchis, Belanda dan sebagainya. Bagaimanapun seramah-ramah mereka, kita boleh menjangka bahawa layanan itu diberikan hanya untuk berkomunikasi. Tidak lebih daripada itu.
Masa tu terfikir juga bagaimana ada gadis Inggeris yang terpaut dengan pelajar Malaysia sehingga sanggup meninggalkan tanah air setelah berkahwin. Biasanya mereka semacam diberi layanan istimewa pula sewaktu bermastautin di Malaysia. Selain jawatan suami agak tinggi (maklumlah lulusan luar negara), taraf `orang putih’ mereka mungkin salah satu sebab dipandang tinggi.
Bagaimanapun tanggapan yang pernah turut ada pada diriku tercalar juga apabila ke rumah seorang bekas pelajar Malaysia yang kini menetap terus di suatu petempatan elit di Manchester. Aku diajak ke sana oleh seorang kenalan.
Sebelum tamat belajar, dia telah berkahwin dengan anak seorang hartawan tempatan. Mungkin telah teresap budaya Inggeris, bekas pelajar Malaysia ini juga tinggi sifat berterus-terangnya. Setiap pertanyaanku, dijawab tanpa berselindung. Lebih mengejutkan, beliau mengaku sebelum bertolak ke England lagi beliau telah menetapkan niat `menakluk’ gadis Inggeris seolah-olah ingin membalas kembali penaklukan British di Malaya.
Sewaktu leka melihat perabot mewah dalam banglo besar itu, terkeluar juga pertanyaan yang pernah aku simpan. Soalan cepu emas. Soalan itupun berani aku lafazkan setelah mengukur kejujurannya.
”Peliknya bila kahwin gadis Inggeris, mereka sanggup ikut suami ke Malaysia tapi you pula kekal di sini? ”
Sekali lagi sifat terus-terangnya memeranjatku.
”Yang ikut balik itu gadis yang dijumpa di bar atau night club.
”Aku pula berusaha keras memastikan dia yang syokkan aku; bukan aku syokkan dia,” katanya.
Aku bungkam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan