Setelah tamat menjalani kursus khas setahun di USM dalam bidang Teknologi Pendidikan, aku telah mengisi borang untuk menjadi pensyarah di maktab perguruan dalam tahun 1980-an. Nasib aku baik. Aku dipelawa untuk ditemuduga di Bahagian Latihan Guru, Kuala Lumpur, yang waktu itu di bangunan MIRAMA, Jalan San Peng, Kuala Lumpur.
Biasalah, untuk menghadiri temuduga semua dokumen perlu cukup. Selain sijil yang ada, aku tidak ketinggalan menyediakan dokumen berkaitan dengan penulisan aku sebagai stringer dengan beberapa buah akhbar. Ini adalah kelebihan diri aku berbanding dengan calon yang akan juga mengisi jawatan yang sama. Semangat untuk berhijrah dari seorang guru ke pensyarah begitu berkobar kobar - maklumlah waktu itu umur muda lagi, baru lingkungan 25 tahun
Sehari sebelum tarikh temuduga, aku telah menghubungi rakan karib aku yang kebetulan tinggal di Kampung Baru Kuala Lumpur. Setelah dimaklumkan, beliau bersetuju menumpangkan aku tidur di rumahnya. Pada malamnya aku mengajaknya pergi ke pasar raya di Jalan Tuanku Abdul Rahman, bagi membeli baju lengan panjang dan tali leher. Dalam mencari-cari pakaian itu, aku ternampak tawaran istimewa beg James Bond. Waktu itu beg James Bond hanya orang tertentu sahaja yang layak memakainya. Dan aku amat tertarik dengan beg itu. Telek punya telek, akhirnya aku beli juga untuk memuatkan sijil dan dokumen sokongan yang lain.
Walaupun jenamanya tidak seberapa, aku bangga dengan penampilan aku bersama beg baru itu nanti. Tahap keyakinan menjadi pensyarah memang meluap-luap...
Malam itu, aku pun mengisi semua sijil dan dokumen tadi ke dalam beg baru itu. Setelah dirasakan semua ada,aku mengubah setting nombor kunci pada kedua-kedua belah beg itu. Nombor setting asalnya “000” aku ganti dengan nombor 541 semperna nombor awal kad pengenalan aku...aku mencuba membuka beg James Bond tu beberapa kali - memang tiada masalah. Memang boleh buka dengan baik...
Setibanya di Bangunan Wisma Mirama, aku lihat ramai juga calon yag datang. Biasalah bila tiba giliran, aku masuk dengan penuh yakin. Setelah pintu dikuak, panel penemuduga seramai tiga orang sedang menanti kehadiran aku. Setelah diarahkan duduk, aku ditanya sedikit latar belakang tempat aku bertugas waktu itu.
Manakala seorang lagi, meminta sijil dan dokuken sokongan. Aku dengan penuh bangga, mengangkat beg James Bond dari lantai ke atas riba. Memang ada gaya menjadi pensyarah! Mana tidaknya, berbaju lengan panjang biru laut,bertali leher warna kelabu dan sedikit pewangi di baju. Kedua-dua belah jari aku terus memutar nombor setting 514. Tekan punya tekan, beg James Bond aku masih tak boleh buka! Cuba lagi...tapi tak juga boleh buka. Pihak panel hanya tersenyum melihat gelagat aku. Aku bertambah panik! Tiba-tiba sahaja peluh keluar di dahi. Akhirnya baru aku teringat bukan 514 tapi 541.

Masya-Allah, baru aku perasaan, nombor 514, itu nombor awal kad pengenalan bini aku. Aku punya kad pengenalan 541. Aku terus tukar kenombor 541. Alhamdulillah, beg terus terbuka. Lega rasa dihati.
“Beg baru ke?” Kedengaran suara tanya salah seorang panel temuduga kepada aku.
Soalan itu juga menyebabkan dua lagi rakan penemuduga gelak sakan.
Aku terkedu malu! Malunya Allah saja yang tau.
oleh: Zamri Bahar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan