Malam itu setiausaha orang nombor satu singgah lagi di rumah. Rambutnya tidak terurus. Pada wajahnya terpancar rasa gelisah dan tertekan yang amat sangat. Beberapa kali aku lihat dia menarik dan menaikkan ikatan kain pelikatnya.
“Aku dah fikir panjang. Aku nak berhenti,” katanya lemah.
Ini bukan kali pertama dia mengucapkan kata-kata itu. Rasa kekecewaannya terhadap jawatan yang dipegangnya lebih 15 tahun lalu itu telah beberapa kali diperkatakan.
Aku turut dapat merasai perasaan kecewanya. Dia bukan kecewa kerana menghadapi kerja tetapi kecewa kerana tidak diberi kerja.
Bagi orang yang workaholic dan mempunyai self-esteem yang tinggi, langkah bos yang tidak meminta lagi staf yang cukup dipercayai selama ini melaksanakan tugas hariannya boleh dianggap satu penghinaan.
“Aku tahu dia sudah ada kumpulan pemikirnya sendiri. Dia tak perlukan teks aku lagi. Tapi.... beritahu sajalah secara terus-terang,” katanya semacam merungut.
Sebelum balik agak lewat malam itu sahabat karibku itu sempat memberi arahan.
“Tolong drafkan surat letak jawatan. Aku nak buat umrah lusa. Nak minta petunjuk,” katanya tegas.
Aku kategorikan rakanku ini sebagai sahabat nombor satu kerana sudah lebih 15 tahun aku berkongsi cerita suka duka dengannya.
Melalui hubungan ini juga aku dapat berkongsi cerita sebenar apa yang berlaku di peringkat pentadbiran dan politik negeri.
Tidak siapa boleh nafikan, rakanku inilah pembentuk imej pandangan umum orang nombor satu yang cukup muda sewaktu diberi kepercayaan mengemudikan negeri.
Sebagai pegawai yang menyediakan teks ucapannya, dia juga yang membangun hubungan akrab dengan pihak media sehinggakan orang nombor satu cukup dikenali kerana ramah media.
Bagaimanapun entah di mana silapnya, dalam tempoh perkhidmatan yang cukup panjang itu pelbagai tuduhan yang tidak berasas mula dilemparkan kepadanya.
Antara tuduhan yang aku dengar, sahabatku ini dikatakan menyalahgunakan kedudukannya. Bagaimanapun aku pasti, sahabatku ini bukan begitu sifatnya.
Kira-kira 10 hari kemudian sahabatku ini datang lagi ke rumah dan meminta surat yang telah aku drafkan.
Dua hari kemudian dia menelefonku pula dan minta untuk segera berjumpa.
“Aku dah letak jawatan,” katanya pendek.
“Apa reaksi orang nombor satu?,” tanyaku pula.
“Dia ambil masa tak sampai dua minit. Waktu aku serah surat letak jawatan, dia hanya sempat bertanya sinis.”
“Apa katanya,” tanya aku kembali tidak sabar.
“Nak berhenti?
"Berhentilah," sergahnya.
"Habis... nak buat apa? Business?," dalam nada tinggi.
Rakanku itu bungkam.
"Saya hendak surat sokongan."
"Buatlah. Macam biasa buat tu."
Dia bercakap tanpa melihat muka dan tangannya leka menulis,” jawabnya.
"Berhentilah," sergahnya.
"Habis... nak buat apa? Business?," dalam nada tinggi.
Rakanku itu bungkam.
"Saya hendak surat sokongan."
"Buatlah. Macam biasa buat tu."
Dia bercakap tanpa melihat muka dan tangannya leka menulis,” jawabnya.
“Itu saja?”
“Itu saja.”
“Tak ada ucapan terima kasih?”
Dia menggeleng.
Sahabatku, Shariff Ahmad terus bungkam. Di matanya tergenang air jernih.
1 ulasan:
kesian dia...
Catat Ulasan