Makam Ayatollah Khomeini di Kum, Iran |
Masjid dan kawasan persekitarannya cukup luas. Bagaimanapun sifat luasnya tidak terpancar sangat kerana kedudukannya di tengah-tengah padang pasir.
Sepasang pemandu pelancong yang membawa rombongan kami, beria-ia sangat memperkatakan kehebatan Khomeini, tokoh yang dapat menyedarkan musuh Islam bahawa Iran juga mempunyai tradisi yang hebat.
Kami juga ditunjukkan kawasan berbatu yang pasti dikunjungi oleh penganut mazhab Shiah sekiranya mereka berkunjung ke Masjid Kum. Kami sempat menyaksikan beberapa orang pengunjung tempatan menghantuk-hantukkan kepala pada batu itu. Batu itu aku lihat macam batu biasa saja.
Tanpa memberitahu sesiapa, aku cuba membuat andaian. Tanda hitam yang ada pada dahi sebahagian pengikut ajaran Shiah, bukannya kerana hantukan yang kerap di sejadah (banyak sembahyang) tetapi mungkin kerana hantukan di batu seperti itu.
Aku harap tanggapanku salah.
1 ulasan:
Saya juga berharap agar andaian tuan salah.T.K.
Catat Ulasan