Perbualan ini berlaku apabila Naib Canselor UTM memberi alasan bahawa pelajarlah (bukan pensyarah) yang menyebabkan universiti tempatan gagal mencapai kecemerlangan. Katanya pelajar terbaik telah ke luar negara dan yang tinggal hanyalah `hampas’.
Dia : Kita hanyalah hampas ketika di U dulu.
Aku : Siapa kata?
Dia : Orang kampung kita. Budak Kuala Pilah tu.
Aku : Aku yakin itu bukan kata dia. Surat khabar yang
merumuskan begitu.
merumuskan begitu.
Dia : Takkan surat khabar berbohong?
Aku : Aku tidak kata surat khabar berbohong. Aku ada pengalaman berkhidmat dengan surat khabar. Pemberita yang culas, pandai-pandai buat rumus sendiri.
Dia : Katalah dia tidak kata tapi kau setujukah pelajar U di Malaysia bertaraf sampah?
Aku : Aku juga pernah jadi cikgu, kemudian naik taraf sebagai pensyarah. Sewaktu belajar dulu, ada teori mudah mengatakan `pembelajaran berlaku apabila adanya perubahan tingkahlaku’. Maksudnya guru atau pensyarah hanya boleh ditakrifkan telah mengajar (berkerja) apabila murid atau pelajarnya telah berubah kepada yang lebih baik.
Dia : Maksudnya, kalau pelajar U itu tidak cemerlang; bukan salah mereka tapi salah pensyarahnya?
Aku : Kalau mengikut teori itu, begitulah.
Dia : Jadi, hampas itu terhasil daripada pensyarah hampas jugalah? Kah! Kah! Kah!
Aku : (Tidak menjawab)
Dia : O.K. lah! Naib Cancelor itu kata universiti luar negara itu hebat dan cemerlang. Kau pernah buat sarjana di UK, betulkah? Aku nak dengar daripada mulut kau sendiri.
Aku : Kalau tidak daripada mulut, daripada mana pula? (Kami ketawa berdekah-dekah).
Dia : Komenlah sikit geng!
Aku : Yang ini aku hendak ulas. Mentaliti anak jajahan nampaknya terus-terusan berada dalam pemikiran orang kita termasuk orang-orang besar kita. Janganlah ingat apabila kita pernah belajar di luar negara, kita hendak menghalalkan segala-galanya. Tak payahlah tipu orang kampung. Kalau setakat bidang Sains Sosial, tidak adapun perbezaan antara dia dan kita. Begitu juga dalam beberapa bidang lain termasuk multimedia yang aku belajar dulu. Maaf cakap, aku lebih banyak dapat ilmu di luar universiti.
Dia : Kalau macam itu membazir wang rakyat sahajalah hantar anak-anak kita ke sana?
Aku : Kecuali untuk bidang kritikal yang kita tiada.
Dia : Yang berebut-rebut dan bergaduh untuk dapat biasiswa ke luar negara itu kenapa?
Aku : Ayah dan ibunya boleh bercerita nanti, anak kami lulusan luar negeri.
Dia : Walaupun tidak tahu kerja?
Aku : Ya! Walaupun tidak tahu kerja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan