Isnin, 4 Julai 2011

Dikejar Anak Ayam Togel



Ini cerita tahun 2011. Foto wajah terkini.
       Pada suatu hari, saya kejar anak ayam. Nasib tidak baik, saya terkejar induk ayam yang garang. Dikejarnya saya balik. Putih tapak kaki saya lari. Saya menangis dan melolong-lolong dek ketakutan dan segera mendapatkan Wan.  
       Wan pun koba, “Ha… tulah… Buek laei…Diopun macam orang yo! Dia tak mengusik kau… Kau mengusik dio. Marahlah deh!” 
Kosakata Dialek Negeri Sembilan
Wan - nenek
Induk - ibu, emak
Koba – khabar, beritahu
Buek – buat
oleh: Norlizahana Abdullah Sani (Nen)
*Nen kini bertugas secara sambilan di Negeri FM

      

1 ulasan:

ceritaapaapasaja berkata...

Dalam maknonya tu! "Kalau kau tak usik dia, dio takkan kacau!" Penuh falsafah!