Agak lama tidak menulis puisi tetapi perkembangan sehari dua ini, memungkinkannya. Pertamanya apabila terbaca falsafah rakan lama, Adnan Moksin di Facebooknya. Kata-katanya berakhir dengan perkataan ragu. Lalu puisi yang kutulis di Kinabalu Pine Resort, November 2006, segera menerjah fikiran.
Ini antara pertukaran pemikiran dua sahabat lama yang aku ambil daripada Facebook kami:
ZA: Bahayanya ragu!
AM: Saya tidak ragu dgn penulis puisi ini....
ZA: Nan! Aku teringat puisi lama aku apabila membaca catatan kau yang berakhir dengan perkataan ragu. Sebagaimana puisi-puisiku yang lain, ia bukan untuk dibukukan tapi perlu dilaungkan. Ia bagai azan - tidak cukup sekadar dibaca; ia dilafazkan. Terima kasih kerana mengingatkan aku bahawa aku pernah menulis puisi.
ZA: Apabila menyebut puisi yang dilontarkan; bait-bait kata boleh berubah mengikut situasi dan khalayaknya. Sebagai contoh, ia boleh berubah menjadi `Ingin tahu BESARNYA kuasa ragu. Hantarkan sahaja satu SMS mudah bahawa Adnan Moksin ke Jakarta bukan untuk ke Pesta Buku tapi berdangdut di tengah-tengah kotanya. Kau akan lihat kuasa ragu tidak sampai 10 minit selepas itu.'
ZA: SMS itu dihantar kepada siapa?... kepada isterinya.
ZA: Bila puisi ini dibaca dimasjid, ia akan berbunyi begini pula. "Jangan sesekali ragu tertasdik di hati. Tuhan juga akan mati!"
AM: Dahsyatnya padah ragu....gerun aku. Itu baru ragu sesama manusia. Bagaimana jika rasa ragu dengan pencipta?
ZA: Aku ulang! "Jangan sesekali ragu tertasdik di hati. Tuhan boleh mati."
AM: Saya mula pulak ingat kpd puisi Kassim Ahmad.
ZA: Apabila menyebut Tuhan mati, aku teringat puisi Khairil Anuar sewaktu kita belajar di Tingkatan Lima dulu. Antara bait puisinya, "aku ini binatang jalang dari kumpulan yang terbuang. Biar siapa menerjang tetap aku tentang. Tuhan telah mati di sini."
AM: Pelbagi tafsiran boleh dibuat untuk bait `Tuhan sudah mati`...
AM: Namun berbezakan maksud `Tuhan sudah mati` dari puisi Kasim Ahmad, Chairil Anuar dan Zulkifli Abu?
Nota: Blogger Zulkifli Abu akan bercakap mengenai Internet Sebagai Wahana Pembangunan Minda sempena Pesta Buku Negeri Sembilan pada jam 8.00 - 10.00 malam, Jumaat (22 Julai 2011). Jumpa di sana!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan