Masihku ingat butiran keramat dari mulut emak.
“Hidup kita ni… tidak menongkah arus, oleh itu tanamkan matlamat di pembuluh nadi dan semaikan baja di ladang hati agar membuahkan sinar di landasan hidup supaya mentari pagi terus berkilau ke penghujung musim dalam sebuah pelayaran yang entah dimana perlabuhan.”
“Mak, nak ingatkan juga… genggamlah bara api biar menjadi arang. Jika belakang parang kamu berkarat dan tumpul usahalah untuk menajam dan mengilaukan kembali dan satu lagi jangan jadi gunting dalam lipatan dan jangan jadi seperti api dalam sekam takut nanti tertikan diri sendiri.”
“Tiada apa yang dapat menolongmu. Ingat kata-kata mak!. Jika kau inginkan landasan yang betul ikutlah rel perjalanan keretapi yang betul, jangan ikut yang berlekuk pasti kau akan tergelincir nanti. Sebelum nasi menjadi bubur, sediakan payung sebelum hujan pasti kau berbunga senyum.”
“Jika mak dan ayah tiada di alam fana ni, pasti kau akan tahu apa yang tersirat dan tersurat.”
Waktu itu aku masih keanak-anakan. Segala-galanya masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Aku tidak ambil kisah langsung apa yang di katakan oleh mak. Kini setelah 25 tahun berlalu, bagaikan baru semalam kata keramat itu kudengari kembali. Bila aku pula menjadi ibu; segalanya menikam ke jantungku kembali.

Malah kata-kata mak sempat ku buat gurauan yang waktu itu sememangnya aku sendiri tidak mengerti.
“Mak… kalau nasi menjadi bubur, gorengkan ikan masin, celurkan sayur kangkung, pasti sedap dimakan dan kalau hujan memanglah kita kena pakai payung kalau tidak basahlah dan dapat demam.”
Mak tak pernah marah ia hanya senyum dan mengelengkan kepala saja. Begitulah cara mak mendidik aku dan adik-adik yang boleh dikatakan semuanya berjaya tidak terjerat dalam anasir yang boleh merosakkan masa depan seperti yang banyak terbentang pada dunia hari ini. Bagiku cara mak amat berkesan hingga menusuk ke tangkai hati tanpa mengenakan rotan seperti anak-anak zaman dunia moden hari ini.
Dalam dunia global masa kini dengan kesibukan tugasan harian di pejabat, aku dan suami memang tiada punya masa yang banyak untuk bersama permata hati anugerah tuhan kepada kami. Lalu kesan pengajaran mak yang lalu kuterapkan kembali ke dada puteriku agar ia mampu berfikir untuk mewarnakan masa depannya. Kita tidak semesti mengajar mereka dengan kekerasan kerana dengan kelembutan boleh mencairkan anak-anak yang berjiwa keras.
Aku mengajarnya dengan menceritakan bagaimana aku boleh berjaya. Begitu juga dengan ibu saudara dan bapa saudaranya.Nampaknya ada kesan yang dapat kulihat pada anakku kerana sekarang dia sudah pandai membahagikan masa untuk berlajar, bermain dan mengisi waktunya dengan benda yang dapat memberi faedah kepada dirinya sendiri.

Aku dan suami mampu tersenyum tanpa rasa bimbang lagi untuk melihat sinar mentari menerangi perjalanan hidup anakku.
Sesungguh kasih sayang seorang ibu amatlah tidak terbayar dengan apa jua, kecuali dengan doa anak yang solehah.

oleh: Kamaliehudie NS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan