Sebaik tiba di rumah keluarganya daripada upacara angkat sumpah sebagai pemimpin negeri di istana petang itu, Mohamad Hasan terpaksa melayan sesi interviu khas dengan rakanku, Khaidir Ahmad dari Berita Harian.
Aku yang turut berada di situ kerana tidak mahu melepaskan peristiwa bersejarah tanpa rakaman video, menyerahkan kad ucapan tahniah berserta lima cadangan daripada persatuanku, Persatuan Intelek Melayu Negeri Sembilan (aku setiausahanya) selepas sesi interviu.
Antara cadangan itu meminta tokoh memilih Exco daripada kalangan mereka yang benar-benar tahu skop portfolionya. Perkara ini berdasarkan pengalaman kami, rakyat biasa yang kadang-kadang terkejut ada exco yang tidak memahami sepenuhnya portfolionya sendiri.
Tokoh menerima ucapan tahniah dan cadangan dengan penuh semangat persahabatan. “Terima kasih. Insya-Allah, saya akan teliti cadangan ini,” katanya ramah.
Sewaktu majlis pengumuman barisan exco, aku turut berada dalam majlis itu. Terlintas juga dibenakku beberapa nama yang tidak kena. Bukan mahu mengecilkan sesiapa tetapi sebahagiannya aku kenal latar belakang mereka.
Hanya setelah lebih setahun memegang tampuk negeri, Mohamad buat pengumuman bahawa barisan exco akan dirombak kembali.
Hanya setelah lebih setahun memegang tampuk negeri, Mohamad buat pengumuman bahawa barisan exco akan dirombak kembali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan