Agaknya waktu itu sudah hampir jam 12.00 tengah malam. Tanpa memberitahu lebih awal, kawan baikku yang hanya berkain dan berkemeja `T’ mengetuk pintu rumah.
“Letih sungguhlah hari ini,” keluhnya sambil merebahkan kepala di kerusi.
“Zul! Kau tolong tulis teks ucapan,” katanya sambil memberitahu bahawa majlis itu berkaitan pendidikan. Katanya aku lebih faham mengenai bidang itu.
Seperti beberapa kali sebelum itu, aku terus memasang komputer dan menyiapkan tugasan percuma itu. Sejak tadi lagi kedengaran dengkurannya yang kuat.
Besoknya aku turut serta pada majlis berkenaan. Seperti biasa rakan-rakan pemberita yang lain kelihatan mencatat pada buku catatan masing-masing. Setelah mendengar ucapan itu beberapa minit aku masih seperti biasa, mendengar sahaja ucapan yang sentiasa disulami kata-kata mengusik yang menggembirakan audien.
“Hai, relaks saja,” tegur rakan sekerja di sebelahku. Aku diam.
Malah sewaktu sesi sidang akhbar selepas majlis aku turut berdiam diri walaupun tokoh kelihatan cukup bersungguh-sungguh ketika diminta mengulas beberapa butiran ucapannya itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan