Oleh sebab temujanji bersama Ustaz Hamid Jaman, setiausaha masjid pada jam 12.00 tengah malam di Masjid Kariah Paroi Jaya ditangguhkan sehingga pagi esok, `S’ mencadangkan kami berbual sambil kena Milo panas di luar.
Walaupun pada mulanya tidak bercadang ke situ, akhirnya Restoran Syed Maju dipilih juga sebagai `port’ kerana tiada lagi restoran berdekatan yang masih dibuka.
Lain pula jadinya. Hasrat untuk berbicara mengenai topik yang kami suka, kehadiran `G’ telah mengubah segala.
`G’ mantan penghantar akhbar harian ke rumah, kini kelihatan telah terlalu jauh berubah. Dia menjadi orang politik sepenuh masa setelah menyertai sebuah jabatan kerajaan dan acara `menjejak kasih’ (lama tidak berjumpa) bertukar forum perdana. Ia sesuai dinamakan Forum Perdana kerana `G’ berwajah pakar agama dengan songkok tertenggek di kepala – kali pertama aku melihatnya begitu.
`G’ datang ke meja kami setelah `rakan orang besar’ yang duduk semeja dengannya, meninggalkan meja itu.
Dalam sesi ini `S’ lebih banyak bertindak sebagai pemerhati manakala aku sebagai pengerusi forum manakala `G’ yang menjadi tetamu utama, segera menjawab setiap pertanyaan dengan yakin sekali (ada ketikanya soalan belum habis ditanya, jawapan pantas diberikan).
Ikuti forum yang berlangsung dari jam 12.35 tengah malam hingga jam 1.45 pagi, 4 Ogos 2011, di Restoran Syed Maju.
(Z) Minta maaf kerana tidak mahu duduk semeja tadi. Ingatkan Z. Lokman, pengarah filem Toyol Nakal. Sebiji!
(G) Hai bang! Takkan lupa. Bukankah saya…
(Z) Sekarang baru saya ingat … Bagaimana tidak confuse, you telah jauh
berubah!
(G) Kena macam ini bang! Bukan macam dulu. Sekarang saya berkerja sebagai… Kena sesuaikan diri.
(Z) Kalau kerja di situ, bolehlah kita bincang politik. Core-business you politik. Katakanlah ini salah satu episod Forum Perdana. Tumpuan perbincangan mengenai politik Negeri Sembilan. Secara khusus, kajian perbandingan dua pemimpin negeri – Mohd Isa dan Mat Hasan.
(G) Saya lebih banyak tahu fasal Mat Hassan jika dibandingkan dengan Isa. Itu kerja rasmi saya bang - jaga nama Mat Hassan.
(Z) Orang kata… (terhenti seketika). Abang ini bercakap seolah-olah penyampai suara rakyat. Ini bukan pertanyaan abang tapi anggaplah pertanyaan rakyat.
Soalan pertama. Tok Mat seorang tokoh korporat bertaraf antarabangsa sebelum jadi MB. Rakyat letak harapan terlalu tinggi kepadanya. Kata mereka setelah hendak habis penggal kedua, tak nampakpun perubahan besar di negeri ini?
(G) Saya setuju. Memang tidak nampak perubahan besar. Tapi… dia sudah dapat `memisahkan diri’ dengan abangnya sekarang. Ingat senangkah bang untuk keluar daripada persepsi bahawa negeri ini `diperintah’ oleh Datuk Azman (abang MB).
Abang juga mesti ingat. Tok Azman itu `macam ayah’ MB. Dia yang bela dan sekolahkan Tok Mat. Masa itu ayah dan emaknya sudah tiada.
(Z) Rakyat tidak hendak tahu fasal itu. Mereka hendak lihat perubahan.
(G) Tidak perubahan ke namanya bang, bila kita sudah ada lingkaran tengah.
(Z) Itu projek Tok Isa tapi dibuat pada zaman Tok Mat.
(G) Oh, ya! Ya! Memang bang. Tak banyak perubahan ketara.
(Z) Mari kita beralih kepada politik kepartian pula. `Seburuk-buruk’ Isa, dia cipta sejarah – satupun pembangkang tidak ada kerusi di Dewan Undangan Negeri.
(G) Betul bang! Zaman Tok Mat pula nyaris-nyaris jatuh kepada pembangkang. Nasib baik …
(Z) Kalau ikut rakan saya, Shahhilan (kini di TV1) dunia politik di Negeri Sembilan tidak colourful lagi macam zaman Tok Isa. Komen sikit!
(G) Baik macam tu bang! Masa tak habis untuk politicking.
(Z) Mengenai hal ini saya setuju 100 persen
(G) Tapi bang cerita Tok Sahak, Pak Ya, cerita DUN Paroi dan DUN Sikamat tak kurang hebatnya.
(Z) Fasal Tok Sahak, kedua-dua pihak sudah angkat bendera putih. Mereka telah berdamai di sebuah kedai makan di Sikamat. Boleh percaya ke tu? Orang politik selalunya, cakap depan lain, cakap…
(G) Tok Mat tak berdendam dengan `musuh’ politiknya.
(Z) Kita buat perbandingan pula. Mana yang lebih tinggi sifat dendamnya – Isa ke Tok Mat?
(G) Ini susah sikit bang…
(Z) Kenapa susah? Semua orang tahu Tok Mat cantas Pak Ya di Ampangan. Pak Ya seorang Exco Pemikir. Bagi saya, dia antara tokoh politik muda yang boleh pergi jauh. Kenapa dia digugurkan?
(G) Biasalah bang, politik! Kalau kita tak `bunuh’ dia; dia `bunuh’ kita.
(Z) O.K. Sekarang kita luaskan perbincangan. BN pula. Menjelang pilihanraya umum lalu ada Special Branch tanya saya, bolehkah MCA menang di Lobak jika Tiger Lee meletakkan anaknya? Saya kata tidak! Sekarang saya nak tahu pula, adakah BN menambah kerusi atau terus hilang… di Negeri Sembilan dalam PRU akan datang?
(G) Kalau ikut bacaan biasa, tak pelik Negeri Sembilan bertukar pemerintahan. Tapi…
(Z) Tapi apa? Bukankah BN semakin kuat sekarang? Selain komponen sedia ada, bukankah mereka ada Ezam, Ibrahim Ali, Kimma…
(G) P..kimm…k jangan sebut bang. Parti itu memang tak berguna. Pengasasnya dulu…
(S) Tak baik tuduh begitu. Ini bulan puasa pula.
(G) Tapi bang…
(S) Tadi you tuduh MB macam-macam. Kata you tadi, kerja you jaga nama MB. Macam mana sekarang?
`G’ terdiam dan suasana ceria bertukar suram.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan