TIBA-TIBA terpacul di benakku. Kata suara hatiku. Bicara tentang kebenaran dalam kehidupan ini. Apa-apapun yang kita lakukan kadangkala kita rasa kita betul, kadangkala kita rasa kita tak betul, lalu kita pun meminta pandangan daripada orang bijaksana sehinggalah orang bijak sini.
Lantas jawapannya berbeza-beza ke berbeda-beda, antas kitabpun mencari formula sendiri dengan menggunakan akal sehingga kita rasa kita yang betul. Bagaimanapun kita rasa macam tu sekejap sahaja. Lepas itu kita pun andaikan mengikut kefahaman sendiri berlandaskan ilmu yang kita tahu dan faham.
Cuba kita tengok tanduk lembu ada dua kebiasaannya. Anda akan jawab betul tetapi biasanya benda yang betul tentu lurus tapi kita lihat tanduk lembu itu bengkok.
Sehinggalah kalau hendak buat lucu atau gurau sikit. Dalam sembahyang yang betul betul lurus ialah ketika kita berdiri betul. Yang lain semua bengkok. Rukuknya, sujudnya, tahyatnya…tapi itu pekli atau perbuatannya.
Jadi jikalau hendak cari jalan lurus tiada. Kalau ada semuanya mesti kembali kepada yang empunya atau pemilik yang mutlak. Apa-apapun sepanjang hayat ini, apa yang kita cari itu lah yang kita dapat. Carilah selagi boleh cari sehingga yang kita cari itu kita jumpa.
Tapi awas kalau masih tercari-cari tak jumpa kenalah bertanya kepada yang arif sebab panduan dah ada cuma kita tak bersua lagi. Sama-sama kita berdoa agar apa yang kita cari kita jumpa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan