Kata orang ke hulu ke hilir, tak sedar kita berada di penghujung Ramadhan, tiba pula 1 Syawal yang ditunggu oleh semua umat Islam untuk mengucapkan kesyukuran selepas berpuasa sebulan.
Kalau ditanya kepada kanak-kanak, saat bilakah mereka tunggu sangat menjelang Syawal, semuanya akan menjawab, pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu melalui tv atau radio.
Pengumuman beraya atau tidak bergantung kepada penentuan melalui rukyah atau hisab. Rukyah itu tengok anak bulan, nampak atau tidak.
Sekarang ini boleh dikatakan setiap negeri ada tempat tengok anak bulan. Dulu semasa aku kecil, hanya ada satu tempat sahaja tempat untuk tengok anak bulan iaitu di Baitul-Hilal, Teluk Kemang, Port Dickson.
Apa yang aku nak cerita kali ini ialah suatu petang pada hari tengok anak bulan semasa aku kecil. Kisah ini berlaku semasa aku berada di dalam darjah dua, abangku Din dalam darjah empat.
Seperti hari-hari puasa yang lain, petang hari tengok anak bulan, aku, abangku dan kawan-kawan masih bermain walaupun sudah lewat petang. Rumahku di tepi jalan.
Sewaktu kami masih leka bermain, lalu sekumpulan orang menaiki basikal. Ada kawan aku yang kenal salah seorang daripada mereka lalu menegur.
"Ke mana tu Tok Bilal?" jawapan diterima, "Mana lagi, tengok anak kira-kira satu kilometer dari rumahku. Masa itu ahli jawatankuasa masjid pergi dengan mengayuh basikal, mufti dan pegawai Jabatan Agama menaiki kereta.
Seperti biasa aku, abangku dan kawan-kawan berpakat selepas berbuka puasa untuk menunggu rombongan itu balik. Lebih kurang hampir sejam selepas berbuka, rombongan itu balik. Apa lagi, kami pun tanpa lengah-lengah bertanya Tok Bilal, "nampak tak anak bulan Tok Bilal?"
Bayangkanlah keadaan kami kalau jawapan yang diterima, "Alhamdulillah, nampak anak bulan," tentu kami melompat-lompat kesukaan kerana esok raya. Bayangkan pula apabila jawapan sebaliknya.
Apa yang hendak aku kongsi di sini ialah kami adalah antara yang terawal tahu sama ada beraya atau tidak, Itu satu nostalgia bagi diriku setiap kali tiba Syawal.
Kebelakangan ini walaupun boleh dikatakan setiap negeri ada baitul-hilal tetapi penentuan kerap menggunakan hisab. Difahamkan memang sukar untuk melihat anak bulan (anak bulan mengikut syarat tertentu) sekarang ni.
Aku pun kurang pasti kenapa sukar kelihatan. Aku difahamkan semasa aku kecil-kecil dulu, rombongan tengok anak bulan itu bukan terus tengok anak bulan tetapi mereka melakukan solat hajat dahulu, berwirid dan lain-lain, tapi tak berlaku lagi sekarang ni. Wallahhualam.
oleh: Idris Mohamad
oleh: Idris Mohamad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan