Jumaat, 12 Ogos 2011

TIP 7: PANDUAN MENGHANTAR KARYA

ceritaapaapasaja turut dibaca di Udupi, Karnataka dan di Wellington, New Zealand
Berikutan semakin banyak karya yang diterima, izinkan saya memohon kerjasama penulis untuk mempercepatkan proses penerbitan.
·     Patuhi konsep.
Kisah benar yang disampaikan dalam bentuk anekdot (bercerita) yang hanya memerlukan se halaman dua A4.
·     Plot (jalan cerita)
Jalan cerita mudah. Hanya ada satu isu utama.
·      Nilai
Pastikan ada sesuatu yang dapat dimanfaatkan oleh pembaca. Ia disampaikan secara `tersembunyi’ sehingga tidak disedari oleh pembaca. Bagaimanapun cerita tetap boleh menjentik minda dan rasa.
·     Penghantaran
Taip cerita dalam Microsoft Word dan jadikan attachment-file sewaktu menghantarnya ke storyteller.zulkifliabu@gmail.com
*Jangan menaip cerita dalam ruang e-mel (ini akan menyusahkan kerja-kerja suntingan)
·     Foto tidak diperlukan (foto dalam blog sengaja saya masukkan untuk mengelakkan kejemuan. Dalam buku nanti, ianya tiada.
·     Paling penting: Pastikan ejaan dan aspek bahasa diberi perhatian. Blog ini hanya menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (tiada slanga: Contoh `citer, tak heran dan sebagainya)

Terima kasih. Kesenangan saya, kesenangan tuan juga!





Tiada ulasan: