Laman Sang Pencerita, sebuah taman mini yang diusahakan Sang Pencerita dan Ah Keong di atas tanah seluas 10 ekar gagal menjadi kenyataan. Lebih RM200,000 melayang |
Ah Keong masih muda ketika itu. Isterinya,
Lim Pek Lian turut membantu dan anak sulungnya yang masih berusia sekitar dua
tahun turut dibawa ke kedai. Sewaktu membawa kerja-kerja minit-minit terakhir,
Ah Keong yang menjadi penyelamat.
Ah Keong sanggup menanggalkan plet di mesin
cetak Heidelberg untuk kerja-kerja pelanggan terdahulu semata-mata kerana aku.
Dia bijak mencongak. Pelanggan terdahulu cuma membayar RM100 satu run bagi cetakan empat warna sedangkan aku
sanggup menawarkan sekali ganda.
"Cikgu! Bosan juga hari-hari tengok mesin. Mari kita tengok ikan pula. |
2002. Ah Keong sudah berpindah ke Seri
Kembangan. Ini menggembirakanku kerana tidak perlu merentas kesesakan bandar raya
lagi. Di sini juga aku lihat, perniagaan Ah Keong semakin maju. Antara kerja
cetakan besar yang dibuatnya ialah menghasilkan setidak-tidaknya 10,000 sampul
CD cetak rompak sehari.
Aku juga pernah terlihat Ah Keong mencetak
novel Shit karya SN Shahnon Ahmad dan buku yang dihantar anak buah Tengku Adnan Mansor (TAD) yang
bertugas sebagai Setiausaha Agung UMNO ketika itu. Buku yang sepatutnya
diedarkan di Perhimpunan Agung UMNO itu kemudiannya `diharamkan.’
“Cikgu! Saya pernah kena ISA. Saya cetak pasport
antarabangsa,” kata Ah Keong jujur sewaktu duduk bercerita kira-kira jam 1.00
pagi sambil meneguk teh tarik halia di gerai mamak di depan kedainya.
“Memang saya nampak dunia gelap waktu itu.
Anak saya masih kecil. Untung saya dapat Lim Pek Lian. Dia yang menguruskan
perniagaan,” kata Ah Keong yang bertubuh kurus tinggi itu.
“Suatu hari, sedang saya duduk termenung di
bilik tahanan, saya melihat beberapa ekor semut sedang mencari makanan. Semut
itu terjumpa lebihan nasi yang saya makan.
“Kalau semut boleh hidup dalam jel, mengapa
tidak Ah Keong?,” tanya Ah Keong kepada dirinya lagi sambil melemparkan senyum manisnya.
Beberapa tahun kemudian, Ah Keong sudah
memiliki lima pintu kedai yang bersebelahan.
2011. Lama aku sudah tidak menemui Ah
Keong. Selain kesibukan kerja, aku tidak berniaga lagi kerana `sakit tidak
bernama’. Hanya mulai 1 Ramadan lalu, aku berniaga lagi dengan sokongan rakan
karib yang teruji setianya `sewaktu susah dan senang' - Allahyarham Shariff Ahmad.
Setelah susah mencari premis baharunya, aku
disambut riang bagai menemui kekasih yang telah lama hilang. Ah Keong tidak
terus mengambil tempahan seperti selalunya, sebaliknya menjadi pemandu
pelancong dari satu ruang ke satu ruang kedai yang berukuran 120 kaki X 120
kaki itu.
“Saya ada ong! Saya beli RM700,000
satu unit,” cerita Ah Keong mengenai dua unit kedai yang dibelinya kira-kira
setahun lalu.
Dalam ruang yang luas itu kelihatan beberapa
unit mesin cetak empat warna yang aku ketahui harganya sekitar RM1.5 juta
seunit. Di samping itu Ah Keong memiliki kesemua peralatan mencetak dari kerja
pisah warna hingga menjilid buku. Syarikatnya sudah menjadi pusat cetakan
sehenti.
“Tak adalah cikgu! Sikit-sikit cari makan,”
jawabnya sewaktu aku anggarkan hartanya kini bernilai lebih RM5 juta.
Hari ini, 10 Mei 2019, aku mencari sahabat sejatiku ini lagi - masih Ah Keong yang kukenali hampir 30 tahun lalu. Kali ini kami bagai sepakat mengucap," Satu Kali Sudah Kong, Tak Kan Dua Kali Kong Juga." Kah! Kah! Kah! Kami ketawa serentak.
Hari ini, 10 Mei 2019, aku mencari sahabat sejatiku ini lagi - masih Ah Keong yang kukenali hampir 30 tahun lalu. Kali ini kami bagai sepakat mengucap," Satu Kali Sudah Kong, Tak Kan Dua Kali Kong Juga." Kah! Kah! Kah! Kami ketawa serentak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan