SEBAIK-BAIK
usai solat Jumaat, tanpa menunggu imam membaca doa, aku segera berkejar ke
kereta untuk mengelakkan kesesakan lalu-lintas. Tambahan pula, aku menggunakan
kereta isteri yang akan ke pejabat sebentar nanti. Seperti biasa, aku memparkir
kereta di dalam kawasan masjid kerana masih ada lot kosong di situ.
Sewaktu menghampiri kereta, aku terlihat
sebuah Proton Perdana berwarna hitam menghalang di belakang. Di tempat duduk
kelihatan seorang pemuda berbaju putih yang aku jangka pemandu kepada pemilik
kereta.
Tidak dijangka pula, si pemandu hanya
berdiam diri sewaktu isyarat berundur keretaku berbunyi berulang kali. Dia
bagaikan tidak mendengar bunyi itu sedangkan cermin keretanya terbuka kerana
cuaca panas.
Sewaktu aku turun dari kereta sambil
memandang ke arahnya, dia juga bagai tidak mengerti lalu aku memenuhi janji `Hari Pengisytiharan
Bercakap Secara Berdepan’.
“Di masjid tidak ada bos dan tidak ada driver,” kataku berterus-terang.
Beberapa minit kemudian kelihatan Exco
Kerajaan Negeri yang juga jiranku tersengih-sengih menuju kereta itu.
Terfikir di hati, siapa yang perlu menerima
kesan tindakan itu? Sang pemandu `setia’ yang terpaksa berlari ke kereta
sebaik-baik selesai solat atau tuan punya kereta yang merasakan `dia orang
terhormat’ walaupun di masjid?
Bagi diriku, ini jawapannya.
“Memanglah wakil rakyat UMNO ini tidak
habis-habis dengan sikap TUAN BESARNYA . Di masjidpun hendak tunjuk mereka
berkuasa.”
Tidak adil bukan? Yang buat begitu,
pemimpinnya. Yang dapat buruk nama, partinya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan