Pada 30 Ogos 2011, saya mendapatkan
perkhidmatan membasuh kereta Kelisa WJS 7528 di kedai basuh kereta Tuk
Cin atau Bronco di Kampung Bongek. Nama sebenarnya Azman Ismail. Kemudian
datang kereta Proton Saga berwarna biru. Wajah pemandunya saya rasa kenal,
sekali-sekali terjumpa dalam FB. Dia parkir kereta dan Tuk Cin membasuh kereta
Kelisa saya.
Dia
duduk di bangku sebelah kanan saya. Saya mendiamkan diri sahaja. Saya
yakin kenal siapa dia. Kami bersalam dan dia bercerita tentang keretanya
yang kotor.
Saya
tidak sabar hendak mengenalkan diri.
“Ni
menantu arwah cikgu Zainal, kan?” tanyaku spontan.
“Ya…
mana kenal?” tanya Azim, pemandu kereta Proton Saga biru tadi.
“Saya
kenal… tetapi kau tak kenal saya, ” terang saya untuk menguji.
“Siapa,
ya?” tanya Azim hendak tahu segera.
“Saya
anak Uwan Inap Selemak,” terangku.
“Allahuakbar…,”
terperanjat sambil mengucap panjang.
“Haji
Ibrahim, Tuk Cai tu adik-beradik seayah dengan emak saya,” jelasku lagi. ”Tuk
Cin Bronco ini pun saudara sepupu saya. Uwan dia adik beradik dengan uwan
saya,” jelas saya lagi.
“Ya..
ke?,“ tanya Azim kehairanan.
“Jadi
kita semua ni tak orang lain lah, saudara lah?,” soal Azim
seterusnya.
Tuk
Cin Bronco ketawa sambil mengelap kereta. Sekali-sekala menjeling ke arah
kami.
“
Minta maaf bang, saya betul-betul tak perasan, tak kenal, bang,” pinta Azim.
“Bukan
abang, tapi Pak Long, kerana emak abang, kau panggil Uwan, kan?” . Saya cuba
jelaskan sistem panggilan yang tepat daripada segi susur galur
kekeluargaan.
Azman
yang asyik membasuh kereta Kelisa saya dan sekali-sekala senyum
sahaja mendengar perbualan kami.
“Jadi,
kita ni semua saudaralah…,“ aku Azim. Kami semua ketawa.
“Abang
ni pangkat Pak Long, dan Tuk Cin Bronco?”
“Pak
Ngah,” jawab saya ringkas.
“Oh,
dah bertahun menyemenda di Rembau, baru kenal saudara. Syukur, Alhamdulillah,”
lafaz Azim lagi.
Kami
baru generasi kedua sudah tidak mengenal saudara, lebih-lebih lagi
salasilah keluarga. Bagaimana dengan generasi ketiga, keempat,
kelima dan seterusnya? Siapa harus dipersalahkan? Mengapa ia berlaku?
Bagaimanakah merapatkan hubungan kekeluargaan dan kepekaan terhadap
salasilah keturunan, baik daripada sebelah bapa atau sebelah ibu.
oleh: Mohamad Abd. Ghani
Tiada ulasan:
Catat Ulasan