Pak Udin (menetap di Malaysia sejak 1991) antara pembeli ruang iklan buku program kami. |
SEORANG membawa dua iklan. Tidak kisahlah bernilai RM100 atau RM200. Kalau 10 ahli
jawatankuasa buat begini, kira-kira RM1,500 ke RM2,000 dapat dipungut. Apatah
lagi kalau 20 orang yang terlibat.
Pengalaman sebagai canvasser (pencari iklan) dalam tempoh dua tiga minggu ini untuk
Tabung Amal Jariah Kariah Paroi Jaya dan Bangsawan Malim Deman banyak
mengajarku erti kesabaran.
Mengapa tidak? Aku tidak risau berhadapan
dengan bakal pengiklan. Mengapa perlu risau? Kita tidak memaksa mereka tapi
yang aku risaukan sikap ahli jawatankuasa penganjur sesuatu majlis.
Dalam mesyuarat merekalah yang bijak
berkata-kata. Dalam mesyuarat, merekalah yang pandai menimbulkan curiga tapi
apabila bekerja… jawab sendiri.
Petang semalam aku cuba menyampaikan mesej
ini kepada ahli jawatankuasa Malam Amal Tabung Amal Jariah.
“Kami berdua dah pungut hampir RM5,000
dalam tempoh pendek. Kutipan ini sudah dapat melunaskan bayaran cetak buku
program dan sepanduk. Maknanya, kalau ahli jawatankuasa lain dapat memungut
RM3,000 lagi, semuanya berstatus untung,” kataku di depan pintu masuk dewan SMK
Pendeta Za’ba.
“Saya dah bawa RM500. Iklan syarikat anak
saya,” kata seorang ahli jawatankuasa.
“Saya sibuklah nak uruskan itu, ini,” kata
seorang lagi – helah bela diri yang biasa ada pada orang Melayu (Islam).
“Saya demamlah Zul,” kata pula Pengerusi
Tabung yang tidak dapat menyerahkan sehelaipun kembali borang tempahan iklan
yang diberikan sejak Ramadan lalu.
Aku mengharapkan beliau mendapatkan iklan
daripada pelbagai pihak yang sering berniaga dengan pihak masjid khususnya
kontraktor yang membabitkan ratusan ribu ringgit.
Baharu kali ini aku melihat beliau bagai
seeokor helang patah kepaknya. Sebelum ini beliau sering melihat diri begitu
gagah.
“Tahniahlah! MB puji buku program yang
cikgu buat. Cantik!,” katanya sambil menunggu di mejaku sebelum dipanggil untuk
berucap.
Mahu sahaja aku melakukan cross-checking yang biasa kami buat
sewaktu di IPG Kampus Raja Melewar sewaktu mengendalikan MS ISO dahulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan