Azlan, setiausaha pertubuhan (kiri) dan Bang Aziz, Datuk Penghulu (berkopiah) sedang sibuk membuat persiapan menjelang majlis sambutan Hari Raya pertubuhan, malam nanti. |
“Haji,
saya suka entry terbaru you!,” Cikgu Azlan menyapa sebaik-baik
aku tiba di pelanggah persiapan Jamuan Hari Raya Jalan Angsana 1, Lorong
Angsana 1/4, 1/5 dan 1/6 Taman Pinggiran Golf Ke-15, pagi tadi.
“Entry
yang mana?,”
“Semakin
Sukar Menjadi Orang Baik dan cerita-cerita mengenai Tabung Amal Jariah,”
kata Azlan yang juga Editor Edisi Inggeris ceritaapaapasaja,
bernafsu.
“Apa yang menariknya?,” aku sengaja
memancing jawapan dan jiranku itu menjawab dengan senyuman.
“Terima kasih! Sejak kebelakangan ini saya
banyak berfikir mengenai fenomena baharu ini - semakin susah untuk menjadi
orang baik.”
“Siapa dalam cerita itu?,” tanya pensyarah
Kolej MARA Seremban itu.
Aku pula menjawab dengan senyuman.
“Sebetulnya malam tadi saya sudah buat
keputusan. ceritaapaapasaja akan
mempunyai kategori baharu. Kategori Semakin
Sukar Menjadi Orang Baik.
“Dengan pandangan you, Insya-Allah saya akan mulakan kategori baharu ini mulai hari
ini juga,” aku memberi penjelasan yang disambut dengan rasa kepuasan oleh
Azlan.
Kategori terbaharu ini akan memaparkan
cerita-cerita yang `tidak pernah terfikir oleh akal’ sebelum ini. Ia cerita
biasa tapi membawa natijah yang tidak biasa. Manusia Melayu, manusia Islam semakin
sukar dimengerti tapi mudah sahaja dirumus – hebatnya kita apabila berkata,
tapi kata itu tidak semestinya dikota.
Pengalaman lalu terlalu banyak menguji
tesis dan sebahagian besarnya tidak antitesis. Tidak percaya? Cubalah.
“Menegur untuk kebaikan rakan, adalah jalan
mencari permusuhan?”
“Memberi pinjam wang kerana merintih
kesulitan, bermakna satu lagi rakan akan hilang.”
“Bermula dengan mencari simpati untuk menang,
berakhir dengan menguasai sepenuhnya persatuan. Persatuan bertukar status - … Sendirian
Berhad.”
“Bertapak melalui persatuan peringkat
kampung, dilantik jadi Orang Besar Peringkat Negeri, persatuan peringkat kampung
dilupakan.”
… dan banyak lagi. Kongsilah cerita-cerita
begini.
“Oooophs! Sebelum hantar cerita, ingat
pesan orang tua dan agama. Menegur itu ada adat dan budayanya.”
“Apa yang penting, perkara yang perlu
diberitahu, hendaklah diberitahu. Kalau tidak diberitahu, macam mana orang
hendak tahu? Kalau tidak tahu, bagaimana hendak mengubah tingkahlaku? Kalau
tidak diubah tingkahlaku, …? Ambillah masa 100 tahun lagi, saksikan… ada
perubahan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan