KENA mihun pedas bersama-sama Hatta |
Lalu komunikasi
berlaku. Ini antara dialognya.
“Askum cikgu..lama
saya cari cikgu..Cikgu skrg tgl kat mana? Saya x boleh lupa cikgu bagi saya
denda masa buat bising dlm kelas 6 Nila pada tahun 1981.”
10:49pm
“Hatta! Saya masih ingat tubuhmu yang bulat
dan berkulit putih itu. Saya tinggal di Taman Pinggiran Golf, dekat Stadium
Tuanku Abdul Rahman. Siapa suruh buat bising?”
“La dekat lah cikgu, saya tgl kat Tmn Telawi dan
rmh mertua saya kat Tmn Paroi jaya . ni no tel saya 012-4135013”
“Pagi besok kita
minum sama. Ini nombor saya 013-399 7395.”
Sebaik-baik nombor
diberi, telefon terus berbunyi.
“Jam baru pukul
11.00 malam, mari kita minum,” ajakku lalu Hatta menetapkan tempatnya iaitu berhampiran
rumahnya.
Banyak-banyak
cerita, Hatta tidak dapat melupakan peristiwa kia-kira 30 tahun yang lalu.
“Cikgu ingat tak,
cikgu suruh saya menjunjung tong sampah keliling blok Darjah Enam?,” tanya
Hatta di awal pertemuan.
Saya menggeleng.
“Tong sampah itu
tong aluminium cikgu, bukan plastik macam sekarang. Berat,” katanya lagi.
“Siapa yang kena
lagi,” tanyaku.
“Ramai.”
“Kenapa kena denda?”
“Kami buat bising.”
“O.K.lah tu,” kata
saya sambil ketawa kami berderai keluar.
Melalui Hatta,
banyak juga cerita rakan sekelasnya aku ketahui perkembangannya. Saravanan kini
seorang guru di Gemencheh, Shaggy jadi pemborong, Norlina, suri rumah sepenuh
masa, Chin Kok Kiong, bisnes manakala
Syed Iskandar bekerja di KLIA dan Shamsul Jamal jadi polis. Hatta –
Pegawai Waran di Kementerian Pertahanan (MINDEF).
Ingat lagi cerita
Shantini yang ditulis sebelum ini? Ingat lagi Kelas Enam Nila, warna yang entah
apa-apa tapi apa nak buat, sudah tidak cukup warna bagi kelas paling hujung?
Bagaimanapun,
mereka berjaya juga. Warna bukan penentu segala.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan