Hari ini tanggal 3 Oktober
2011. Aku mendapatkan perkhidmatan membasuh kereta Kelisaku di
Bengkel Tuk Chin lagi. Kelisaku sudah satu bulan tidak mandi. Petang itu juga,
aku ke Stesen Minyal Shell untuk mengisi angin tayar kereta yang kempis.
Aku
terbongkok-bongkok mengisi angin tayar belakang, tayar
yang terakhir. Tiba-tiba sebuah kereta Proton
Aeroback berwarna kelabu, bernombor pendaftaran ABS 7345 berhenti di
belakang keretaku. Aku menoleh ke arahnya. Aku dapati dua orang
gadis berusia lingkungan 20-an berada dalam kereta tersebut.
Pemandunya,
seorang gadis Melayu berseluar jean biru tanpa bertudung, keluar
dari kereta tersebut. Gadis berkulit cerah itu kelihatan ceria dan mempesonakan mata yang
memandangnya.
“
Tuk boleh tolong tak?” tiba-tiba gadis itu bersuara. Gadis itu mesra sekali.
Air mukanya manis dan senyumannya menarik.
Hatiku
terperanjat. Inilah kali pertama seorang gadis genit memanggil aku
‘Atuk’. Mengapa dia panggil aku ‘ Atuk’? Adakah dia anak mana-mana
saudara-mara aku? Adakah tua sangat aku daripada kaca mata
gadis itu.
“
Adakah gadis ini cucu aku? Tetapi anak siapa?” pelbagai soalan berlegar dalam
fikiranku.
“
Tolong apa?” tanyaku spontan.
“Tolong
isi minyak,” jawabnya cepat.
“Minyak
sana,” jelasku sambil menunjuk ke arah pam minyak yang
tidak jauh dari situ.
“Tolong
isi angin Tuk, bukan minyak,” jelasnya sambil ketawa kecil apabila menyedari
kesilapannya.
“Saya
tidak tahu, Tuk. Tolonglah Tuk,” rayu manja gadis itu lagi.
“Pakai
kereta pandai, isi angin tak tahu,” perliku.
“Tolonglah
Tuk,” rayu gadis itu. Kawannya yang berada di dalam kereta ketawa.
“Ok,
mari saya tunjukkan,” pintaku untuk mengajar dia.
“Itu
29 , tetapi kereta saya 30,” minta ditukar meter pam angin itu.
Saya
menekan butang kawalan meter menjadikan 30.
“Ok,
tekan dan masukkan,” arahku supaya dia menekan pam angin ke tayar keretanya.
Gadis
itu ketawa bila mendengar konotasi tersebut.” Adakah menyeleweng pemikiran
gadis itu? ” tanya hatiku.
“Tak
mahu dia Tuk… tak masuk pun. Ok, mahu dah,” katanya.
“Kau
orang mana?” tanyaku. Aku cuba jual minyak. Aku tidak pernah bertemu
dengan gadis daerah ini semesra dan selincah itu dengan orang yang
tidak dikenali. Aku fikir mereka tentu gadis luar. Aku fikir mungkin gadis Perak kerana
nombor pendaftaran keretanya.
“Kundor
Tuk,” jawabnya ringkas. Aku terperanjat kerana Kundor sebuah kampung terpencil.
Soalan, “Kundor mana? Kundor Ulu atau Kundor Hilir?,” tidak kesampaian, tidak
keluar dari mulut aku. Hatiku berkata ada juga gadis cantik yang lincah di
daerah ini.
“Nak
pergi mana cantik-cantik ini ?” tanyaku lagi sambil memuji gadis tersebut.
“Nak
pergi pekan,” jawab gadis itu riang dengan pujian itu.
Dia hulurkan getah paip angin itu kepada aku untuk diletakkan pada tempatnya
kembali. Senyumannya manis dan sungguh menyejukkan hati yang menerimanya.
“Satu
tayar sahaja? “ tanyaku lagi.
“Satu
sahaja yang kempis,” jawabnya sambil menuju ke keretanya.
“Terima
kasih, Tuk.”
Dia
menghidupkan enjin kereta dan kereta itu meluncur ke satu pam minyak di situ.
Aku berdiri tegak memandang gadis itu. Gadis itu melambai pergi. Aku
termenung memikirkan. Ini lah kali pertama setelah mencapai usia 61 tahun
seorang gadis genit menarik dan mendebarkan jiwa dan perasaan memanggil aku
‘Atuk”. Mengapa gadis itu memanggil aku ‘ Atuk’? Kalau ‘Pak Cik’
atau ‘Pak Mad’ seperti dalam kalangan bekas pelajar,
biasalah dan aku boleh menerimanya. Mengapa tidak memanggil ‘abang’
sahaja. Hahahaha!…. Jangan ketawa, ya.
oleh: Mohamad Abd Ghani
Tiada ulasan:
Catat Ulasan