![]() |
Cikgu ini kemudiannya mengendurkan diri lalu mempelawa kami masuk bagaimanapun `damage' telah berlaku - tetamu disergah. Foto: Siti Adibah Zulkifli |
PAGI
ini tidak pasal-pasal aku, Shariff Ahmad dan Jo (Johari Kassim) disergah oleh
seorang cikgu sewaktu mengunjungi rumahnya di Pengkalan Durian, Linggi.
Kedatangan kami ke Linggi semata-mata untuk
kerja-kerja penyelidikan dan penulisan mengenai sejarah Linggi yang akan dikongsi
melalui akaun Facebook dan blog
Galeri Linggi. Melalui interaksi di kedua-dua jaringan sosial berpengaruh ini,
diharapkan anak-anak Linggi khususnya dan mereka yang ada kaitan dengan sejarah
peradaban Linggi dapat berkongsi maklumat menjelang seminar khusus yang akan
diadakan Januari depan.
“Minta kad! Minta kad!,” sergahnya sambil
menyarung baju di pintu.
Aku tahu kad yang dimaksudkan ialah business-card, tanda pengenalan kami.
“Saya bukan orang Linggi! Saya Pegawai
Pelajaran Daerah Tampin/ Rembau dulu,” katanya cuba memperkenalkan diri bahawa
dia orang berpangkat.
Shariff yang cuba menahan sabar menyisihkan
diri dengan beredar ke tepi. Jo bagai tergamam lalu memandang ke arahku dalam
wajah bersalah kerana dia yang membawa kami ke sini.
“Saya tidak campur politik! Pergi
sembahyang Jumaatpun kerana…,” dia bagai membentak.
“Ini bukan pasal politik. Ini mengenai
sejarah,” kataku lembut.
“Itu politik juga,” tingkahnya.
“Pergilah rumah Ketua Kampung!,” isterinya
pula bersuara.
Untuk mengelakkan suasana yang tidak
diingini, aku mohon beredar pergi.
“Masuklah dahulu,” katanya pula.
“Terima kasihlah. Saya pun tidak mahu
membuang masa tuan,” jelasku.
“Eh! Kerja di mana?”
“Sudah bersara. Dulu hampir 20 tahun mengajar
di IPG Kampus Raja Melewar.”
Dia tiba-tiba mengerut dahi.
“Masuklah!”
“Terima kasih!”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan