PILIHANRAYA Umum Ke-13 hampir tiba. Sekarang, di mana-mana sahaja orang bercakap mengenai siapa bakal calon di kawasan mereka. Selain winnable candidate menjadi antara frasa paling popular, pelbagai cara digunakan oleh mana-mana parti untuk memenangi hati rakyat.
Begitulah selalunya. Ramai yang sudah memasang angan-angan untuk mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Ahli Parlimen. Jumlah yang memasang angan-angan semakin ramai kerana trenda semasa, seseorang bakal calon tidak semestinya perlu bergiat aktif dalam parti masing-masing. Apa yang penting bagi parti kini ialah `ikan laga’ mereka tidak terkulai layu di balang.
Sebetulnya, panjangnya tempoh seseorang bergiat aktif dalam parti tidak boleh lagi dijadikan kayu ukur menilai kesetiaannya. Walaupun kini atau pernah menjadi Ketua, Setiausaha atau Jawatankuasa Bahagian, ia tidak semestinya menggambarkan si polan sudah banyak berjasa kepada parti, lalu dibalas jasanya dengan memberi kerusi.
Tidak perlu membuat kajian mendalam, dalam terang sebahagian orang besar parti ini bagaikan tiba-tiba berubah status sosialnya semata-mata kerana penglibatannya. Dari mana datang kekayaan dalam tempoh yang singkat?
Lalu, untuk menghadapi pilihanraya, `budinya’ dibalas lagi. Bergandalah `tuahnya.’
Kita akui tugas sebagai Wakil Rakyat (Kuli Rakyat) semakin mencabar hari demi hari. Bagaimanapun, masih ramai menggilakannya. Kenapa?
Bak kata YAB Datuk Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan, `Wakil Rakyat Itu Bagaikan Lemang.’ Hendak juga menjadi lemang? Saksikannya di sini: http://www.youtube.com/watch?v=zIB4yCzDOU4
Tiada ulasan:
Catat Ulasan