“Orang perempuan memang tamak. Dia ingin
memiliki 100% apa yang difikirkan itu milik penuhnya. Tidak ada orang perempuan
yang mengizinkan suaminya tambah satu lagi dengan andaian kasih yang bernilai
100% itu dibahagi dua jadi 50%.
“Kasih sayang tidak boleh guna hukum Matematik.
Mungkin suami yang berkahwin dua memberi 150% kasih sayangnya kepada kedua-dua
isterinya. Bukankah ini bertambah 50% bagi isteri pertama,” aku sering membuat
provokasi kepada pelajar-pelajarku yang sebahagian besarnya sudah berumah
tangga.
“Hok laing boleh kongsi Cikgu, hok so tu
dok,” seorang pelajar perempuan dari Terengganu tiba-tiba bersuara yang diikuti
deraian ketawa.
Hukum Matematik juga mungkin tidak boleh
digunakan dalam persahabatan. Satu lagi peristiwa hitam membelit diriku hingga
kini. Kerana menolong seorang rakan yang telah lama hilang dan tiba-tiba muncul
kembali yang kusedari bukan dirinya dahulu, aku hilang rakan kongsi,
kakitangan, pelanggan dan tempat aku mengadu sewaktu kesempitan wang.
Matematiknya mudah. Bermula dengan modal
RM100,000 pada 1 Ramadan tahun lalu, aku mula kembali berniaga dengan modal
rakan kongsi dan adik bongsu yang `mengorbankan’ wang ASBnya.
Apabila hampir kesemua modal digunakan untuk
projek rakan tadi, aku tiada lagi modal pusingan dan terpaksa melalui sepak
terajang berniaga – buka lubang tutup lubang, pinjam sana, pinjam sini.
Matematik ini tidak sesukar mana untuk
diatasi tapi kerana satu janji `aku akan bayar sebelum Raya nanti’ tapi hingga
kini masih tidak dilunasi, sifirku lari.
Setiap bulan, wang pencen lebih dahulu
dinikmati stafku daripada diriku sendiri. Staf yang juga rakan kongsi tidak
boleh bertahan lagi lalu berhenti dan sempat menempelak, sudah dua kali Uncle buat begini. Dia yang sepatutnya
sama-sama mengatasi masalah (dan patutnya turut bersabar) kerana bisnes ini
juga miliknya, angkat kaki.
“Jangan makan seorang! Bukankah ini perkongsian?
Sama-samalah bahagi keuntungan!.”
Begitulah biasanya sikap rakan kongsi.
Pernahkah mereka berfikir sebaliknya. “Setelah akaun ditutup berakhir 31
Disember, kita rugi RM100,000. Boleh pulakah kita kongsi kerugian?”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan