Khamis, 1 Mac 2012

Cikgu Babab

Cikgu Babab sedang merakam pergerakan Siti Adibah

SAMBIL menunggu giliran di bank, aku menghantar satu pesanan ringkas – “Praktikum di mana?”
     Tidak sampai seminit jawapan diterima – “Siapa ni?”.
     “Nama saya Zulkifli Abu.”
     Tiga minit berlalu tanpa jawapan, satu lagi pesanan ringkas dihantar.
     “Nak kenal lebih lanjut? Saya ayah kepada Siti Adibah, murid Tahun 3 Inovatif.”
     Seperti pertanyaan pertama, soalan segera dijawab.
     “Encik, boleh saya tolong? Saya di Sekolah Kebangsaan KGV. Ini Tuan Haji Zulkifli Abu, Ketua Jabatan Teknologi Pendidikan di IPG Kampus Raja Melewar dahulu ke?”
     “Anak saya mengadu Abang Babab dah sombong dan bercakap garang di dewan.”
     “Haha... saya yang menurut perintah. Tidak boleh hendak buat apa-apa. Em.. Memang tidak perasan sebab sudah lama tidak  jumpa.”
     “That’s ok. Bagi kanak-kanak ia menyentuh hatinya. Apatah lagi video klip `Bukan Aku Tak Cinta’ yang kau buat bersama Syafiq dan Lokman masih sering ditontonnya. Kalau ada masa cari dia. Kalau nak lunch dengan saya, tunggu sewaktu saya menjemputnya jam 1.20 nanti.”
     Tiba-tiba telefon berdering. “Tuan Haji! ...” suara ceria itu terus bercerita mengenai beberapa rakan yang rapat denganku.
     Itu yang berlaku semalam. Babab (Hanafee Zaki) adalah bekas pelajarku yang sering membantu mengurus penerbitan institut khususnya dalam program peringkat kebangsaan kelolaan Bahagian Pendidikan Guru. Dialah antara jurufoto yang ditugaskan merakam peristiwa. Dia cepat belajar dengan menghasilkan foto yang menarik.
     Rapatnya hubunganku dengan mereka yang terbabit dalam pengurusan penerbitan ini, memungkinkan mereka sering datang ke rumahku.
     Malah mereka juga mengenali isteri dan anak-anakku, khususnya Siti Adibah yang masih di tadika ketika itu. Oleh kerana itulah, Siti Adibah bagaikan kecil hati kerana Cikgu Babab tidak menegurnya sewaktu bertugas sebagai guru gantinya.
     Babab (dipanggil kerana bertubuh debab), Syafiq Aiman dan Lokmanlah yang meraikan Siti Adibah sewaktu menyambut ulang tahun kelahirannya yang kelima di studio institut yang memungkinkan terbitnya video klip `Bukan Aku Tak Cinta’ (lihat di YouTube - http://www.youtube.com/watch?v=4HoLZQpsu_M&list=UUpny9hZFFSFueFSGVdvCD5Q&index=11&feature=plcp
     Kini Siti Adibah sudah di Tahun Tiga dan Cikgu Babab berada di tahun akhir pengajian peringkat ijazah untuk bergelar Cikgu Hanafee tidak lama lagi.
     Tengah hari itu dia menerima pelawaanku untuk makan bersama dua rakannya yang lain, yang juga bekas krewku.
     Siti Adibah aku lihat cukup bahagia sewaktu menghantar mereka pulang ke sekolah. Dia juga dapat makan bersama dengan Cikgu Amira, guru Pendidikan Seninya di Restoran Rabina.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum..
emm...berjuta maaf dipohon bukan tidak mengenali siti adibah, tetapi tidak sangka akan bertemu kembali di kgv. seterusnya dapat berjumpa kembali dengan Tuan Haji. Rindu juga kerana hampir 3 tahun tidak berjumpa dan berkerjasama dalam kerja-kerja penerbitan/fotografi..teringat saat-saat dulu...