SETIDAK-TIDAKNYA
dua bekas murid dan pelajarku memegang jawatan tinggi dalam industri media. Aku
pula, selain bertugas sebagai guru; pernah lebih 15 tahun bertugas sebagai stringer di kedua-dua syarikat media
arus perdana ini.
Kalau yang seorang itu pernah aku ceritakan
kisahnya sewaktu majlis temukembali, yang seorang ini agak lama juga tidak
bertemu. Dia ini `cepat dewasa’ malah sewaktu habis sahaja Tingkatan Lima, dia
tidak mahu menyambung pengajian lalu meminta aku merekomenkannya sebagai stringer di situ.
Minggu lalu bekas pelajar 1988 dan 1989 itu
menubuhkan kumpulan FB baharu dan sebagai `admin’, aku dimasukkan dalam
kumpulan itu. Aku tidak mintapun.
Sebagai tanda sokongan kepada kumpulan itu,
aku turut melontarkan beberapa pandangan. Seronok juga apabila guru dan bekas
pelajar berinteraksi secara terbuka.
“Apa yang penting dalam karangan, setiap argumen
perlukan fakta dan bukti sokongan. Argumen tanpa fakta sokongan adalah cakap
kosong,” begitulah antara kata yang pernah diungkapkan kepada pelajar yang
sedang membuat persiapan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia itu.
Sedar dengan konsep kendirinya yang tinggi
itu, aku turut melontarkan pandangan yang agak bercanggah dengan pegangannya.
Dia segera memberi reaksi dan ini antara kata-katanya, “Ke bendang seberang nampak?.”
“Saya tidak memilih bendang. Saya mahukan
padinya,” jawabku, juga secara spontan.
Pagi ini aku memberi input baharu untuk
Kumpulan FB ini. Ikuti dialog guru dengan bekas pelajarnya.
Guru: ANTARA
`Mind-Set' orang UMNO yang perlu dibetulkan:
1.
Terus label pihak yang tidak sealiran dengan pemikirannya, `telah ke bendang
orang' walhal pendapat yang diberikan untuk kebaikan parti sendiri. Kalau
begitu, tidak perlu diwujudkan wadah untuk berforum - membuang masa sahaja
memberikan pendapat!
2.
Bermati-matian memburukkan individu yang tidak disukai khususnya pihak lawan
sehingga terasa MELOYA dan MENJIJIKKAN. `Apabila tidak suka, semuanya SALAH.
Apabila suka, semuanya BETUL.' Adakah Allah maha zalim dengan menjadikan
seseorang itu 100% HITAM dan 100% PUTIH? Bukankah dalam sastera sendiri kita
perlu berlaku adil - setiap watak itu itu ada BULAT dan PIPIHnya. Setiap
manusia itu ada kekuatan dan ada kelemahannya.
3.
Selalu berfikiran aku adalah TUAN, akulah SANG MAHATAHU.
4.
Cakap selalu tak serupa bikin. "Marilah kita bersatu!," itu antara
kata yang sering diucap oleh pemimpin khususnya menjelang PRU sedangkan semua
orang tahu `mereka sesama sendiri’ TIDAK BERSATU dan SALING MENJATUHKAN'.
5.
"Tolonglah! Tolonglah saya kali ini. Ini maruah bangsa. Ini maruah
agama," antara dialog yang digemari. Apabila sudah `ditolong', perangai
lama dikitar kembali. Maka terjadilah THE SATANIC CIRCLE.
Bekas Pelajar: Adakah perkara ini masih berlaku di bawah transformasi politik
yang dilaksanakan oleh PM sekarang? Mungkin keadaan itu sebelum 2008. Tetapi
jika masih berlaku, sesuatu perlu BN lakukan.
Guru:
Masih berlaku. Saya berada di lapangan, bukan di kamar dingin metropolitan
Kuala Lumpur atau Putrajaya.
Kemudian aku mengulas pandangannya mengenai
strategi yang digunakan. Dia tidak bersetuju. Katanya kerana tidak MENYERAN,
partinya hampir bungkus dalam Pilihan Raya Umum 2008. Ikuti dialog ini pula.
Guru: MENYERANG
jangan membuta-tuli, BERTAHAN perlu berstrategi.
Bekas Pelajar: Adakah UMNO yang menyerang membuta tuli? Setahu
kita pembangkang yang menyerang UMNO secara membuta tuli. Kalau dibuat
perbandingan jauh bezanya strategi UMNO dan pembangkang. Pembangkang hentam keromo tetapi UMNO/ BN
selalunya bercerita fakta, prestasi atau track
record dan seumpamanya. Yang menabur fitnah adalah 99% pembangkang.
Guru: Mana dapat angka
99% tu. Secara ilmiah, setiap fakta ada data sokongannya.
(Interaksi
terhenti seketika. Sewaktu hendak posting kata-kata di bawah ini, komputer yang
menjawab.
Guru: Ini contoh mudah MENYERANG MEMBUTA-TULI.
Komputer: Unable to
post comment. Try Again!
Nota: Sekembalinya dari hospital kerana menziarah
emak, aku ingin menyambung kembali interaksi. Malangnya aku telah `dipecat’
daripada kumpulan).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan