Ini antara kerja W yang terpaksa disudahkan oleh Nasha, karyawan tempatan. |
Daripada
lebih 15 karyawan (pekerja) yang terbabit dengan kerja-kerja pengubahsaian
Studio Sang Pencerita, W agak
berbeza. Selain penampilan dirinya yang moderen (telefon bimbit, jam, kasut dan
pakaiannya berjenama), W agak
berpelajaran.
Mengikut ceritanya, dia mendapat pendidikan
di salah sebuah sekolah elit di Bali kerana dia mendakwa datuknya antara orang
terkaya di pulau peranginan terkenal itu.
“Bos! Apabila berkesempatan ke Bali nanti,
tidak perlu tinggal di hotel, tinggal sahaja di kediaman datuk saya. Rumahnya
besar dan ada tempat `barbecue’ dan membakar jagung,” katanya berbasa-basi.
“Don’t
worry! Paspor saya sudah dikembalikan. Biayanya, tanggung beres!,” aku
memberi keyakinan.
W
yang dahulunya memanggil aku Pakcik menukar kata panggilan kepada bos mungkin
berdasarkan aku melayannya sebagai teman.
Selain aku memberi peluang kepadanya
berdikari setelah disuntik motivasi keyakinan diri (sebelumnya dia karyawan PU), W turut kuberikan motosikal bagi memudahkannya datang ke tempat
kerja.
Setelah lebih sebulan mengenalinya, W bertindak lebih jauh. Dia sudah mula
tidak melunaskan kerja-kerja di studioku tapi memberi tumpuan kepada
kerja-kerja rumah jiran yang aku perkenalkan.
Dia yang sentiasa mengikuti perkembangan
semasa turut meminta aku membuka akaun Facebook
bagi memudahkannya berhubung dengan isteri-isterinya (walaupun dia cuma berusia
31 tahun tapi punya tiga isteri) dan teman sekolahnya dahulu.
Suatu hari darahku berderau. “Bos cuba cari
nama … dalam Facebook. Dia adik saya
yang bertugas sebagai jururawat. Cantik bos!”
Darahku lebih berderau apabila W memberitahu dia pernah menjadi
penyeludup rokok ketika tinggal di Singapura.
“Waktu itu saya mewah bos! Saya boleh booking tempat dangdut di Batam tanpa
kehadiran pelanggan lain.”
Aku mula sangsi dengan W apabila lebih tiga minggu tidak datang menyiapkan kerja-kerja
yang terbengkalai dan tidak memulangkan motosikal yang kupinjamkan.
“Saya ada projek di Nilai. Motosikal bos
saya tinggalkan di rumah,” satu sms singgah di telefonku.
Setelah menyelesaikan kerjanya di Nilai, W datang kembali. Bagaimanapun dia
tidak juga menyiapkan kerja yang terbengkalai. Dia bekerja di rumah jiranku. Sebagai
menghormati janji, aku pula tidak memberikan kerja itu kepada orang lain.
Tidak lama kemudian, dia hilang lagi. Satu lagi
sms singgah.
“Bos, cuba teka saya di mana? Batamlah bos!
Pasal motor, jangan risau. Saya sudah kunci sebaik-baiknya.”
Setelah dua hari di Batam, W menelefonku.
“Bos! Pada teman saya ada RM200. Bos berikan
bakinya untuk digenapkan jadi 1 juta Rupiah. Bos hantar wang itu melalui
Western Union.”
Belasan panggilan tiba selepas itu, diikuti
sms sehingga malamnya. Aku membiarkan sahaja apabila melihat nombor yang
tertera.
Dua hari kemudian, W muncul di studio. Dia hanya bercakap dengan jiranku yang turut
menggunakan khidmatnya.
“W.
Kalau mahu buat air, masuklah,” aku mempelawa. Mungkin memikirkan aku tidak
marah dengan tindakannya itu, W mula
membawa cerita lama.
“Bos! Sebelum ke Bali kita ke Batam dahulu!,”
katanya sambil menunjukkan tanda jempolan.
Untuk menjaga hubungan, aku meminta W menyiapkan kerja yang tertinggal dan
ditambah pula dengan kerja membina air terjun di bahagian belakang studio.
“Kau boleh mula kerja pagi Isnin depan!” aku
memaafkan kesalahan lalunya.
Pagi Isninnya dari pagi hingga ke petang
wajah W tidak kunjung tiba. Sekitar
jam 5.30 petang dia datang bersama seorang teman. Motosikal dipulangkan.
Malamnya aku menghantar sms.
“W,
Saya sudah memberi peluang kedua tapi kau tidak tunaikan. Projek air terjun
saya sudah serahkan kepada karyawan tempatan.” Dan ini pula antara jawapannya.
“Tak apa, sayapun minta maaf, mungkin bukan
rezeki saya…Lebatnya hujan, tapi hanya setitis yang saya kecapi. Sulit untuk
saya, senangnya bukan untuk saya.”
Memang Tak Patut!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan