Cerita cerenti, taik mata jadi inti, yang empunya cerita tidak mahu menyebutkan
tempat berlakunya peristiwa ini, tapi di sebuah pusat belajar untuk mengerjakan
ibadah haji dan umrah. Syeikh yang alim memberikan ceramah dan kebetulan dalam
jamaah tersebut hadir seorang anak muda yang telah menemani ibunya yang akan
menunaikan ibadah rukun islam tersebut.
Syeikh:
Ada sebuah taman syurga di dalam masjid Nabawi yang bernama "raudhah"
yang mengabulkan segala doa. Jika anda berkunjung ke sana berdoalah.
Beliau
membacakan Hadis Rasulullah SAW yg bermaksud "Adalah di antara rumahku dan
mimbarku terdapat satu taman daripada taman-taman syurga.” (Riwayat Imam Bukhari)
Anak Muda:
Maafkan saya ya Syeikh! Benarkah yang demikian?
Syeikh:
Benar anak. Demikian diterangkan dalam sebuah hadis sahih yang telah saya
bacakan tadi, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya antara
mimbarku dan kuburku adalah raudhah (taman) dari sebahagian taman-taman syurga,
perbanyakkanlah solat dan berdoa di sana.
Anak Muda:
Maaf sekali lagi ya Syeikh. Waktu bersabda demikian, Rasulullah masih hidup apa
sudah wafat?
Syeikh:
Ya tentulah masih hidup. Bukankah baginda bersabda di depan para sahabatnya,
kalau sudah wafat macam mana nak bersabda, ya tak?
Anak Muda:
Kalau baginda masih hidup bagaimana mungkin baginda tahu tempat kuburnya?
Bukankah baginda belum dikuburkan sedangkan tempat penguburan baginda tidak
ditentukannya, melainkan mengikut sejarah melalui mesyuawarah para sahabat yang
kemudian di kuburkan di tempat wafatnya iaitu di rumah Aisyah?."
Syeikh:
Rasulullah adalah seorang Nabi yang mulia, yang mengetahui yang akan datang
dengan perantaraan wahyu, jangan disamakan dengan kita manusia biasa, baginda
maksum.
Anak Muda:
Maaf Syeikh. Syeikh kata Rasulullah mendapat wahyu tapi dalam Surat Al-Ahqaf
ayat 9 dikatakan: "Katakanlah: "Aku bukanlah rasul yang pertama di
antara rasul-rasul dan aku tidak mengetahui apa yang akan diperbuat terhadapku
dan tidak (pula) terhadapmu. Jadi Rasulullah tidak tahu apa yg akan terjadi
pada dirinya. Bagaimana baginda tahu tempat kuburnya dan dengan bersabda bahawa
antara mimbar dan kuburnya adalah raudhah?"
Syeikh:
Anda ingkar Hadis ya? Inilah anak muda zaman ini, banyak terpengaruh dengan
Facebook, ini semua buatan orang Yahudi yang dilaknat Allah.
Anak Muda:
Syeikh, maaf sekali lagi. Syeikh ini ingkar dengan Qur'an ke? Maaf ya pak
Syeikh…… Assalamualaikum!
oleh: Nazarudin Hashim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan