Rupa-rupanya aku telah dijatuhkan hukuman bankrap sedangkan aku
tidak pernah dimaklumkan secara bertulis oleh pihak yang berkaitan.
“Encik boleh mendapatkan kebenaran khas daripada ibu pejabat kami
di Putrajaya,” pegawai itu memberi nasihat.
Tanpa berlengah aku segera ke tingkat atas dan berlari ke luar
untuk menahan teksi. Sebuah teksi lalu dan segera mengarahkannya ke Putrajaya.
RM60.00 lesap.
Sampai di sana ,
pejabat belum dibuka lagi. Tepat jam 8.00 pagi, aku menjadi pelanggan pertama
meja pertanyaan Unit Keselamatan Khas.
“Maaf Encik! Encik perlu mendapatkan kebenaran daripada Jabatan
Insolvensi Negeri dulu,” layannya mesra.
Sekali lagi aku berlari keluar untuk mendapatkan teksi ke
Seremban. RM60.00 lagi lesap.
Setelah bertemu Encik Azman, Pengarah
Jabatan Insolvensi Negeri aku diminta melupakan saja hasratku ke Hong Kong .
“Lupakan saja hajat ke Hong Kong Tuan Haji,” katanya selamba.
“Mengikut peraturan, kebenaran khas hanya diberi setelah borang
diisi dua minggu sebelum berangkat ke mana-mana. Kelulusan itupun diberikan
oleh pejabat kami di Putrajaya,” katanya lagi.
Aku menarik nafas panjang.
“Mengikut peraturan yang ada, Tuan Haji sepatutnya menyerahkan
pasport kepada kami,” pintanya, masih dalam nada bersahaja.
Aku segera menyeluk saku jaket. Aku panik seketika. Pasportku
tiada.
Aku segera menelefon pejabat Imigresen di Putrajaya dan meminta
kerjasama telefonis menyambung talian kepada pegawai keselamatan di bahagian
depan bangunan.
Melalui kerjasamanya, dia bertanya kepada pemandu teksi yang
berkeliaran di hadapan bangunan itu sekiranya menjumpai pasportku.
Tidak sampai lima
minit, aku dimaklumkan pasportku tercicir di tempat duduk depan.
Aku segera meminta pemandu teksi
berkenaan menghantarnya ke Seremban. Dia segera memenuhi permintaan. RM60.00
lagi bertukar tangan.
1 ulasan:
Kasihan ayah...
Catat Ulasan