“Macam mana Hong
Kong ?”
“Macam biasa saja.. Abang
macam mana?”
“Under control. Budak-budak macam mana?”
“Dia orang apa tahu. Happy sakan di Disneyland.”
Lega rasaku apabila anak-anak gembira di sana . Aku benar-benar rasa bersalah kerana
sifatku yang suka menolong orang turut menyusahkan keluarga.
Bagi aku, aku tiada masalah. Selagi apa yang aku buat tidak
menyalahi undang-undang agama dan negara, aku redha terhadap apa-apa saja yang
berlaku. “Thrill!” Begitulah yang
selalu aku katakan kepada isteri.
“Hidup ini tidak meriah sekiranya kita menghadapi suasana yang
sama setiap hari,” kataku menyejukkannya apabila dia sering komplen, ramai
kawan-kawan yang menyusahkan diriku walhal mereka meminta pertolongan.
Sebagai mengisi masa lapang ditinggalkan keluarga selama
seminggu, aku cuba
menelefon kawan. Antaranya, Shahhilan, rakan kongsi produksi penerbitanku.
“Wareh apa macam?”
“Den biaso yo,” jawabnya di hujung talian.
“Apa macam Hong Kong ?”
“Biasa-biasa saja. Tidaklah macam kita di London
dulu,” aku pula cuba
berhelah.
“Eh Wareh! Toranglah suara kau dalam telefon. Macam kek Taman
Pinggiran Golf saja,” katanya.
Aku tidak dapat menahan ketawa lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan