Isnin, 29 Julai 2013

Aku Perlu Ke Sekolah Kembali!



Aku Perlu Ke Sekolah Kembali!

Tanpa pilihan, aku perlu ke sekolah kembali
Untuk belajar ilmu berkawan
Kerana apa yang diajar emak dan guru
Sudah tidak betul lagi.

Dulu emak memberitahu
Kawan sejati sanggup sama berlumpur
Bukan sekadar sewaktu memetik bintang
Dan guruku pula memberitahu
Kawan sebenar dapat diuji sewaktu kesulitan.

Aku juga perlu kembali ke sekolah
Untuk belajar ilmu perkongsian dalam perniagaan
Menurut buku
Berkongsi berniaga
Membawa maksud
Sama-sama keluar belanja
Dan sama-sama buat kerja.

Ramai yang tersenyum lebar
Sewaktu berkongsi keuntungan
Dan lari kerana tidak mahu berkongsi kerugian.

Menurut buku yang mereka baca
Berniaga itu semuanya untung
Rugi itu milik pencetus idea.

Aku juga perlu ke Darjah Satu lagi
Kerana sudah tidak mengerti erti janji
Yang kufahami dahulu
Dua minggu itu 14 hari
Tomorrow itu esok hari.

Apa yang kutemui kini
Ramai yang sudah tidak dapat membilang hari
Janji dua minggu

Terlangsung dua tahunpun, muka selamba.

Lebih aku tidak fahami
Semua kesalahan itu milik aku
Yang betul semuanya mereka punya.

Studio Sang Pencerita
Subuh 13 April 2012.

Tiada ulasan: