Petang
tadi Editor Perunding sebuah syarikat penerbitan antarabangsa yang berpangkalan
di Singapura sekali lagi menelefonku untuk mendapatkan persetujuan menerbitkan
cerita-cerita dalam blog ini untuk pasaran dunia.
Dalam perbualan telefon lebih setengah jam
itu, Jade Bailey beria-ia benar mahukan aku segera menyediakan manuskrip akhir agar
buku ini dapat diterbitkan untuk pasaran
hujung tahun.
Sebetulnya, Jade beberapa kali menghubungi
aku melalui e-mel sebelum ini tapi aku abaikan sahaja kerana kesihatan yang
tidak mengizinkan.
Setelah memahami konsep pemasarannya, aku
menyatakan persetujuan tetapi memohon untuk diberi tempoh sebulan untuk
kerja-kerja terjemahan ke bahasa Inggeris.
Persetujuan melalui e-mel itu segera
dijawabnya:
Thank you so much for
taking my call earlier. I would really want you to publish your book because we
are targeting your book to be out in 3-4 months which is November-December
which is a book-buying season.
Again, once we publish your book, we will register your book for a worldwide distribution. Your book will be available to our thousands of partnered bookstores and online resellers like Amazon.com, Barnes and Noble and Borders.com.
Again, once we publish your book, we will register your book for a worldwide distribution. Your book will be available to our thousands of partnered bookstores and online resellers like Amazon.com, Barnes and Noble and Borders.com.
Kalau
sekadar satu judul yang memuatkan 101 cerita seperti perancangan awal blog ini,
ia tidak jadi masalah kerana cerita yang ada melebihi jumlah itu.
Bagaimanapun
pembangunan kandungan ceritaapaapasaja dirancang lebih
besar daripada itu. Ia diharap menjadi penerus tradisi bercerita yang telah
lama berbudaya dalam masyarakat Malaysia.
Oleh
kerana itulah pelbagai kategori disediakan bagi membolehkan pembaca memahami
cara berfikir dan bertindak rakyat Malaysia.
Sebagai
contoh, kategori Sewaktu Kecilku
dimasukkan bagi membolehkan pembaca memahami budaya Malaysia dalam pelbagai
zaman.
Cara
bertindak seorang budak tahun 60-an yang berlatarbelakang kampung tentu berbeza
dengan anak-anak abad ke-21.
Begitu
juga bagi kategori Apabila Jatuh Cinta, misalnya.
Pastinya zaman bercinta tahun 50-an berlainan sekali dengan cinta zaman kini.
Bagi
memperkayakan pengalaman, kategori Di
Luar Negara diwujudkan bagai membolehkan penulis berkongsi pengalaman yang
mungkin tidak pernah dialami sebahagian besar pembaca. (Untuk mendapatkan gambaran bentuk cerita yang diperlukan, lihat
penerangan ringkas setiap kategori dalam blog ini).
Kalau
buku ini hendak dijadikan bersiri seperti Chicken
Soup For The Soul, dari mana datangnya ribuan cerita yang diperlukan? Dari
awal telah diberitahu, pembaca blog inilah yang diharapkan menghasilkan
ceritanya. Mengapa anekdot dipilih
sebagai genrenya? Ia pendek, mudah, bersahaja dan ada isi cerita yang boleh mencetus idea baharu, menyelesai masalah dan membuat keputusan. Bukankah perkongsian
pengalaman boleh memperkaya peribadi?
Bagi yang
sudah lama berhasrat untuk menjadi penulis kreatif, anekdot boleh dijadikan
pemula. Anekdot boleh menjadi medan latihan untuk menghasilkan cerpen dan
seterusnya novel.
Tidakkah
anekdot boleh menjadi penerus tradisi bercerita yang bermula dengan tradisi
lisan yang kemudiannya dikembangkan oleh Pawang Ana dan Mir Hasan?
Wadah
untuk berkongsi cerita telah disediakan. Karya anda memang diperlukan!
Apa pula
bentuk pulangan kepada penulis? Sudah tentu ia mematuhi sistem penerbitan yang
diamalkan dunia – penulis mendapat royalti. Karya anda dinanti!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan