Sejak
blog ini dibuka pada 31 Mei 2011 aku dapat mengesan beberapa pembaca setia yang
terus mengikuti blog ini melalui data paparan Live Traffic Fit Feedjit.
Selain pembaca tempatan, blog ini juga diikuti
oleh pembaca dari Los Angeles, London, Sydney, Amsterdam, Beijing, Taiwan,
Jakarta malah Kartekana yang pada awalnya aku sendiri tidak tahu di mana
letaknya. Salam penghargaan dihulurkan atas kesudian kalian.
Bagi pembaca tempatan agak sukar aku
mengesan sama ada blog ini diikuti oleh orang yang sama (pengunjung berulang)
tapi tidak sukar mengesannya bagi pembaca dari luar negara.
Dalam ramai-ramai pembaca dari luar negara itu
aku dapat mengesan dua pembaca setia; seorang dari Jakarta dan seorang lagi
dari Mountain View, California.
Sekadar mengagak, aku kenal secara peribadi
kedua-dua pembaca ini. Pembaca dari Jakarta mungkin rakanku yang masih
berkhidmat dengan agensi berita kebangsaan atau isterinya yang sering
berulang-alik ke sana dan pembaca di Mountain View itu adalah bekas rakan
setugasku di IPG Kampus Raja Melewar yang kini telah bermastautin di sana.
Kalau agakan aku ini silap, aku ingin
sangat kedua-dua pembaca setia ini dapat memberi respons terhadap cerita-cerita
yang dipaparkan.
Seperti yang dinyatakan pada blog, aku
kepingin sangat mendapat maklum balas secara jujur – tidak kisahlah ianya
berupa cadangan atau kritikan. Memang kisah-kisah yang dipaparkan dalam blog
ini merupakan kisah benar yang aku alami sendiri. Cerita yang dikongsi tidak
sekali-kali berhasrat untuk menghina atau memperkecilkan sesiapa; cuma diharap dapat
menjadi buah fikir. Bukankah perkongsian pengalaman dapat meminimumkan kesilapan?
Secara sedar aku juga tahu tidak semua
orang suka dengan peganganku ini. “Cerita-cerita you turut menyentuh kisah orang yang masih hidup. Sebahagian
daripada mereka adalah orang ternama. Dia orang boleh saman tahu!,” seorang
rakan pernah memberitahu.
“Blog you
berselera besar. Saya tidak mahu turut bersubahat,” begitu pula komen seorang
sahabat penulis melalui e-melnya.
Melalui maklumbalas begini aku juga dapat
terus belajar. Jadi, dipohon sangat pembaca blog ini memberi maklumbalas
melalui ruang komen di bawah setiap cerita yang dipaparkan. Ucapan jutaan
terima kasih didahulukan.
Pastinya juga diharapkan pembaca juga
berkongsi cerita mereka di sini. Ini juga antara matlamat kewujudan blog ini.
Mari kita berkongsi cerita – ceritaapaapasaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan