Rabu, 14 Ogos 2013

Aku Sudah Menemui Faridah



Faridah memakai topi (duduk dua dari kanan). Faridah kini sudah 48 tahun (Foto tahun 1975)
Faidzah Gina Moiki Assalamualaikum cikgu! Nasib letak gambar lama. Kalau x mungkin x kenal. Cikgu apa khabar? Sihat?
Zulkifli Abu Alhamdulillah! Kerja di mana sekarang?
Faidzah Gina Moiki Saya duduk dekat Meru, Kelang. Dah penat kerja. Nak berehat. Bilalah dapat jumpa cikgu lagikan? Banyak kenangan dengan cikgu masa dulu bersama arwah abah, Saad.
Zulkifli Abu You Faridah atau adiknya? Saya lama dah cari Faridah, salah seorang budak cerdik Jengka 4. Kalau di Meru, senanglah kalau nak jumpa. Saya selalu juga ke Setia Mall. Anak saya belajar di UiTM Puncak Alam.
Faidzah Gina Moiki Setia Mall dekat dengan rumah. Kalau datang sini telefon. Nombor saya 019…..345

Sebaik-baik mendapat nombor itu aku terus membuat panggilan.
Zulkifli Abu Assalamualaikum! Boleh saya bercakap dengan Faidzah?
Faidzah Gina Moiki Faidzahlah yang bercakap ni. Siapa di sana? (suara pelat Jawa menyambut mesra).
Zulkifli Abu Saya Zul. Cikgu Zulkifli Abu.
Faidzah Gina Moiki Cikgu…! (menjerit kegembiraan dalam suasana terkejut). Baru saya tuliskan nombor telefon saya di Facebook, cikgu dah buat pangilan.
Zulkifli Abu Kebetulan saya ada depan komputer. You masih tak jawab soalan saya tapi terus memberi nombor telefon. Saya tak tak tahu sama ada ini Faidzah atau Faridah (merujuk kakaknya yang sudah lama dicari).

Dalam perbualan yang agak panjang, Faidzah dengan ramah terus bercerita mengenai keluarganya sejak aku meninggalkan Felda Jengka 4 kira-kira 35 tahun yang lalu.
      “Cikgu tahu tak, ayah sudah meninggal baru-baru ni,” tanya Faidzah.
      Aku menjelaskan banyak yang aku tahu mengenai petempatan Felda itu walaupun sudah lama meninggalkannya. Teknologi maklumat telah mendekatkan semuanya.
      “Itu pasal cikgu letak gambar lama dalam Facebook. Kalau tidak, saya tak kenal juga,” jelas Faidzah.
      “Keluarga kami memang anggap cikgu macam keluarga kami sendiri. Walaupun saya dalam tahun satu sewaktu cikgu meninggalkan Jengka 4 tapi ayah dan kakak selalu bercerita mengenai cikgu,” Faidzah bagai tidak mahu memberi ruang untuk aku bertanya, terus bercerita.
      “Sayalah budak yang selalu ada atas motosikal ayah. Kan emak saya sudah meninggal ketika itu,” sambungnya lagi menyebabkan sesekali aku sukar mencelah.
      “Baru malam tadi saya bercakap dengan Kak Faridah mengenai cikgu. Tiba-tiba cikgu pula buat panggilan. Gembiranya,” katanya yang tidak dapat lagi menyembunyikan perasaannya.
      “Beri saya nombor Faridah. Jangan beritahu dia sebelum saya membuat panggilan,” pintaku.
      Setelah meminta Faidzah menyampaikan salam Aidilfitri kepada suaminya, aku menamatkan perbualan untuk menanti sms nombor Faridah. Faridah, antara murid paling cemerlang daripada segi akademik dan sahsiah di Sekolah Kebangsaan (LKTP) Jengka 4 ketika itu. Lama sudah aku mahu mengetahui perkembangannya di samping rakan sekelas, Arman Mustakim dan Mazlan.

1 ulasan:

ceritaapaapasaja berkata...

35 tahun bukan tempoh yang pendek. Alhamdulillah, Allah masih memberi kekuatan ingatan hinggakan kisah-kisah di Felda Jengka 4 berlaku semalam. Adalah diharapkan bekas murid-murid saya dan rakan sejawatan yang pernah bersama, mencatatkan sesuatu di ruang komen ini untuk berkongsi cerita. Terima kasih didahulukan.