Pada tanggal 23 Febuari 2011
timbul persoalan, BENAR KAH AKU BURUK
DARI KACA MATA EX-MPPM? Adakah benar atau persepsi sahaja. Kalau itulah tanggapan
segelintir Ex-MPPM, aku rasa sangat
kecewa. Aku lebih 20 tahun berkhidmat di
MPPM, memberi peluang aku mencurah titis
ilmu yang aku miliki untuk srikandi bangsa.
Aku
anggap sungguh besar hati budi MPPM padaku.
Itu sebab aku sayang MPPM dan semua warga MPPM. Aku sayang semua guru
pelatih (GP) MPPM sama ada aku ajar atau
tidak. Aku tidak pernah mendengar tanggapan yang demikian hinggalah hari ini.
Hari
ini, setelah hampir lima tahun aku meninggalkan perkhidmatanku, baru aku tahu, tanggapan secebis Ex-MPPM terhadapku.
Aku rasa kecewa dan berasa gagal walaupun aku sentiasa menjaga diri dan maruahku ketika di
MPPM.
Mungkin
secebisnya telah aku gambarkan padamu. Aku sentiasa ingat pesanan Ketua Jabatan Pengajian
Melayu(PM), Haji Kadir Amin ketika
melaporkan diri berkhidmat di MPPM pada 16 Julai 1986. Pesanan "Jangan
layan budak-budak itu, Mad,” masih terngiang-ngiang dalam otak aku sepanjang 20
tahun di MPPM. Aku faham apa yang dimaksudkan oleh Haji Kadir itu.
Ketika
di MPPM aku memang tidak banyak bergaul
dengan pensyarah-pensyarah pun. Mereka anggap aku sombong. Aku, selalu
menyendiri melakukan tugas di bilik Jabatan PM, atau di perpustakaan Bangunan
Pakar atau di Bilik Tamu Asrama (Muzium kini) . Aktiviti Kelab Pensyarah pun
aku kurang campur. Aku juga tidak
menetap di Melaka, sebaliknya aku berulang- alik dari Rembau ke MPPM selama 20
tahun. Datang pagi dan balik jam 2.00 petang.
Kalau
kursus pun kalau setakat Kuala Lumpur bahkan Batu Pahat pun aku akan berulang-alik dari Rembau. Kalau ada
program atau aktiviti waktu malam di MPPM seperti persembahan pun aku akan balik ke Rembau. Aku biasanya kongsi satu kereta dengan Haji Rahim Majid, Haji
Sallehudin Aman dari Tampin.
“Aku
sangat sedih Umi. Aku memang rapat
dengan GP yang aku pernah ajar.
Sebaliknya, GP yang aku tidak mengajar
takut menegur aku dan anggap kata aku sombong. Tapi mereka tidak mengenali siapa
aku sebenarnya. Hanya GP yang pernah
aku ajar akan lebih mengenaliku.”
“Bukan
saja temberang, tapi joker juga,” kata
mereka. Aku seringkali menyatakan kita
mengajar dan belajar lima minit sahaja dan lebih ceria bercerita dengan cerita
teladan yang baik ditanamkan dalam jiwa GP. Aku mengambil pendekatan ini dari
pensyarahku Haji Awang Mohd Amin ketika di UPM.
Pada
ingatanku, aku tidak pernah buat perkara tidak senonoh dengan
mana-mana GP MPPM kecuali dua orang yang aku kata aku benci kepada mereka. Itu
pun bukan aku yang buat tidak senonoh tetapi mereka yang membuat tidak senonoh dan
fitnahkanku.
“Aku
akui Umi, aku tidak pernah pegang tangan mana-mana GP MPPM. Kalau ada pun
dengan Wawa… yang biasa cium tanganku kerana dia anggap aku seperti ayahnya. Tapi
aku sendiri tidak pernah cium tangan Wawa. Sumpah. Hanya, Umi
Ex-MPPM yang aku genggam tangan Umi dan
cium tangan Umi. Dan tepuk paha Umi.
Aku
akui aku nakal dengan Umi, tetapi bukan jahat. Aku lakukan kerana aku sangat sayang Umi. Umi telah dianugerahkan
oleh Tuhan kepadaku. Aku akan jaga Umi
baik-baik. Itu nawaituku. Aku tak akan kecewakan Umi. Aku akan hadapi dengan berhemah jika berhadapan
dengan sebarang masalah. Kalau hendak kata perangai buruk aku dengan Ex-MPPM hanyalah dengan Umi. Aku terima.”
Itu
pengakuan ikhlas aku kepada Umi. Kalau
Umi tidak percaya dengan aku, Umi tanyalah
mana Ex-MPPM yang pernah aku ajar. Aku khuatir, disebabkan tingkahlaku atau perangai
orang lain, dikatakan aku yang buruk
perangai.
Walau
bagaimana pun, kalau Umi sayang aku, Umi mesti cerita denganku dan nyatakan
siapa Ex-MPPM yang berpersepsi begitu. Kalau tidak nanti aku akan cari sendiri
siapa Ex-MPPM itu. Aku sudah nyatakan
pada Umi dua jenis orang yang aku paling
benci, iaitu bohong dan fitnah. Nanti aku tampar mulut orang macam tu. Dua perkara ini
memang aku tidak boleh sabar.
Kalau
benar, aku akui dan kalau tidak aku nafikan. Hanya aku dan Allah yang tahu, apa yang aku lakukan dalam hidupku. Aku ikhlas dan sentiasa
jujur dengan Umi kerana Umi pun demikian. Umi... aku yakin... yakin kata dan janji Umi. Aku sudah tahu sedikit sebanyak hati budi Umi dan
sikap Umi.
Malam
ini mungkin aku tidak boleh tidur,
memikirkan benarkah aku pernah melakukan
kesalahan atau keburukan dalam masa 20 tahun mencari rezeki halal di MPPM.
Kalau
ada keburukanku yang tidak aku sedari,
aku mohon maaf dan mohon ampun dari Umi. Tetapi, aku yakin aku tidak pernah bekelakuan buruk dan tidak
senonok ketika di MPPM. Aku yakin pada
diriku, tak buat. Mungkin salah orang
dan aku bukan orangnya.
Persoalan, BENAR
KAH AKU
BURUK DARI KACA MATA EX-MPPM? Telah dijawab oleh seorang GP EX-MPPM,
Tengku Umi Najah juga. Pada
pendapat Umi, mereka bukan beranggapan aku buruk, daripada apa yang di
ceritakan, hanya sikap aku yang terlalu
'gatal' terhadap GP di MPPM.
“Memang
MPPM banyak terhutang budi dengan abang. Mungkin kata-kata abangg 'sayang'
kepada semua GP di salah anggap kerana setiap GP mempunyai persepsi yang
berlainan. Apa lagi Umi yang memang abang tidak pernah ajar dan Umi tidak pernah
mendengar, mengetahui dan mengikuti kuliah abang. Kalau Umi ada dalam kelas abang
pun mungkin Umi akan berfikiran yang negatif kerana dulu Umi memang datang ke
MPPM untuk belajar bukan bersosial,” terang Tengku Umi Najah.
Rasanya
setiap pensyarah mempunyai cara yang berlainan untuk menarik minat GP semasa
kuliah. Adakah mereka mengadaptasikan cara mengajar dengan perasaan sayang.
Itulah kata-kata mereka bila mereka bandingkan pendekatan dan cara abang
menarik GP antara satu sama lain.
“Perkara-perkara
tidak senonoh, Umi rasa tidak perlulah beritahu kerana semalam Umi cuba meringkaskannya, kerana
lagi banyak orang bercakap, lagi banyak yang salah. Lagi banyak salah, lagi banyak
dosa. Maka lagi banyak Umi akan sakit hati. Umi cuba menenangkan dan memujuk
hati Umi sendiri. Umi memandang apa yang ada di depan Umi, kalau Umi timbangkan
latar belakang, cerita dan lain-lain
tanggapan GP ... pasti Umi...???,” kata Tengku Umi Najah lagi.
“Umi
sudah jangka perkara ini akan terjadi, kerana Umi sudah pernah dengar semasa di
MPPM, cuma Umi tak tahu siapa pensyarahnya dan kebetulan hari ini Umi sudah tersangkut
dengan orangnya,” tambah Tengku Umi Najah.
“Sebab
itu Umi sedaya upaya cuba mengelak dari GP yang lain semasa di MPPM dan di FB ini.
Umi sangat-sangat takut kerana mulut mereka, Umi binasa. Semua boleh berubah
dalam sekelip mata. Apa yang abang lakukan pada Umi atau Wawa lakukan pada
abang jika diketahui mereka pasti macam-macam cerita timbul. Umi tidak kenal Wawa, siapa
kawan-kawannya semasa di MPPM. Juga GP lain di MPPM. Sekarang kawan boleh jadi lawan.
Ramai hendak jadi gunting dalam lipatan.
Akhirnya Umi atau abang jadi seperti api dalam sekam.”
“Umi
cuba berpegang pada prinsip Umi, Umi akan terus mempercayai abang, menyayangi abang
dan setia selagi abang setia bersama Umi. Abang jangan risau, Umi tetap seperti
dulu, tidak berubah dan menyayangi abang. Jaga kesihatan, jangan fikirkan
sangat. Yang pasti kita bahagia bersama walaupun tanpa restu mereka,” demikian pengakuan dan pesanan Tengku Umi mengakhiri topik itu.
Adakah
aku buruk juga daripada kaca hati Tengku Umi Najah? Atau membuat persepsi yang
sama dengan EX-MPPM yang berkenaan. Aku tinggalkan persoalan itu kepada semua
EX-MPPM 1986-2006 yang mengenaliku.
2 ulasan:
Salam, pada sesi 87/89cikgu mengajar kelas mana ? Tak dengar pulak pasal cikgu..
Cuma saya teringat kata-kata En. Osman Ketat(Bm- apabila ada satu kes yg melibatkan pensyarah dan student) ....katanya ...kita tidak tahu apa sebenarnya yg berlaku...tetapi perasaan itu boleh timbul dalam sedetik.....hemmmm logik dan tidak berpihak kepada sesiapa.... dan kami pun tidak ambil pusing cerita itu lagi.... Aque.
Hі colleagues, its fantastic piece of writing concerning educationand fully еxplaineԁ,
keеp it up all the tіme.
Also νiѕit my blog ρost - tornado warning
Catat Ulasan