Antara tanda orang berbudi: Sepatutnya duduk tetapi berdiri... |
Haminn Hann Khalib Cikgu,
masa era ni, berbagai artis yang datang ke jengka 4,seperti samsudin lamin,m
daud kilau,uji rashid, dan ramai lagi..mereka sudi bermalam di ru ah
peneroka-peneroka pada ketika itu,walau mandi air paip tepi jalan..
August 13 at 6:41am via mobile · Like
Zulkifli Abu Betul.
Kalau artis-artis yang disebutkan itu, sayalah tauke wayangnya dengan Guru
Besar, Allahyarham Cikgu Awang Chik Bidin.
Dato' Shahaniza Shamsuddin Saya
telah baca beberapa artikel di blog ni..saya terpesona..
August 13 at 1:03pm via mobile · Like · 1
Zulkifli Abu Dato' Shahaniza
Shamsuddin. Terima kasih Dato'! Sewaktu di sekolah rendah,
Dato' bersekolah di Jengka 4 atau Kuala Sentul? Walaupun tinggal di Jengka 4,
saya selalu juga ke Kuala Sentul - ziarah rakan-rakan seperti Cikgu Hassan.
Waktu itu Cikgu Omar Azman juga mengajar di situ. Dia juga pemberita sambilan
Berita Harian.
Haminn Hann Khalib Setelah
saya hayati cerita cikgu, baru saya tahu cikgu lah pelopor kemeriahan di
kampung kami jengka 4,pada masa itu..
August 13 at 3:05pm via mobile · Like
Zulkifli Abu Tak
juga begitu. Siapalah saya ketika itu. By
the way saya suka Haminn Hann
Khalib kerana telah menyahut permintaan saya supaya anak
Jengka 4 dapat berhubung kembali walaupun secara maya.
August 13 at 3:09pm · Like · 1
Dato' Shahaniza Shamsuddin Cikgu Zulkifli Abu.. (boleh ke saya turut panggil begini?
)..sekolah rendah saya di SK Sekara Chenor.. ayah ngajar di situ.. tpi zaman
kanak2 saya, saya kerap ke j4.. ramai sedara mara saya.. rumah yg kerap
dikunjungi rumah moyang saudara saya.. arwah hj mahusin rumah no 1 tu.. lps tu
rumah nenek sedara saya arwah hajjah sulung suaminya arwah hj hassan tokey
kerbau,dan makteh rokiah di blok A..
August 13 at 4:05pm via mobile · Like · 1
Zulkifli Abu Boleh.
Saya boleh ingat kembali siapa Haji Mahusin dan Allahyarham Haji Hassan.
Alhamdulillah. Walaupun menuju 60, Disember ini, saya dianugerahkan ingatan
yang kuat. Ini mungkin kerana gaya berfikir saya secara visual. BTW terima kasih banyak kerana sudi berinteraksi.
Di Seremban saya rapat dengan ADUN dan kepimpinan negeri (Tan Sri Isa dan Dato'
Mohamad Hasan).
August 13 at 4:27pm · Like · 3
Saya tidak pernah berjumpa secara in-person dengannya malah inilah
interaksi pertama sewaktu berhasrat `mencari kembali’ bekas murid di Sekolah
Kebangsaan Felda Jengka 4, di bulan pemupuk kasih dan tunduk bermaafan ini.
Tentunya juga kedudukan geografi dan period yang berbeza; Kuala
Sentul-Seremban; 1974-1978; 2013, tidak memungkinkan kami berpandang mata.
Dengan
bantuan Mr. Google serba sedikit saya dapat tahu latar diri ADUN muda N25 ini
yang telah diberi kepercayaan sekali lagi dalam PRU Ke13 baru-baru ini.
Catatan
ini menarik perhatian saya sewaktu menjenguk laman web Barisan Nasional.
“Seorang yang rajin membaca, YB Dato’ Shahaniza amat mengkagumi novel Tenggelamnya Kapal Van De Wijck yang ditulis oleh Hamka. Beliau menyifatkan corak serta gaya penulisan Hamka sangat memberikan kesan yang sangat dramatik...
...YB Dato’ Shahaniza menggunakan sepenuhnya potensi media baru seperti Facebook, Twitter dan blog. Beliau suka menggunakan laman Facebook dan Twitter sebagai medium komunikasi antara beliau dan pengundi-pengundi DUN Kuala Sentul. Dengan media sosial, beliau mampu berinteraksi secara terus dengan orang ramai di samping dapat membetulkan persepsi yang salah tentang imej dan peranan beliau sebagai wakil rakyat.”
“Seorang yang rajin membaca, YB Dato’ Shahaniza amat mengkagumi novel Tenggelamnya Kapal Van De Wijck yang ditulis oleh Hamka. Beliau menyifatkan corak serta gaya penulisan Hamka sangat memberikan kesan yang sangat dramatik...
...YB Dato’ Shahaniza menggunakan sepenuhnya potensi media baru seperti Facebook, Twitter dan blog. Beliau suka menggunakan laman Facebook dan Twitter sebagai medium komunikasi antara beliau dan pengundi-pengundi DUN Kuala Sentul. Dengan media sosial, beliau mampu berinteraksi secara terus dengan orang ramai di samping dapat membetulkan persepsi yang salah tentang imej dan peranan beliau sebagai wakil rakyat.”
Dato’
Shahaniza! Izinkan saya mengungkapkan apa yang ada di hati: “Dato’! Lama sudah
kurindu insan politik yang sebegini...”
Nota:
Dato’ Seri Najib Razak tentu tidak akan gugur rambutnya sekiranya semua wakil
rakyat UMNO begini.
1 ulasan:
Syabas Dato' Shahaniza! Teruskan sifat mesra rakyat. Tanpa rakyat, tiada Wakil Rakyat!
Catat Ulasan