Yang mana satu Yatimah? |
“Assalamualaikum,” tegurku.
“Wassalam...,”
jawab Yatimah ringkas.
“
Dekat mana? Sekolah lagi kah?” tanyaku.
“Ado kat
rumah. Hari ini MC, sebab sakit
kepalo tiba-tiba,” bercampur dialek
Negeri Sembilan.
“ Ingat
kat sekolah. Semalam tak nampak batang hidung langsung kat Fb.”
“Jadi
ambil cutilah. Now, ok dah. Cuma
tinggal sipi-sipi,” jawab Yatimah.
“Tak sihat
ke?” Tanya lagi.
“Migraine... tapi dah ok lah ini,” terangnya.
“Kini, dah
betul-betul ni dah ok ke belum? Desakku lagi.
“Sudah,
kereta pun sompeklah pergi service.
Terbanglah RM400.”
“Kereta
sakit apo pulak?”
“A/C
sumbek... brek haus… ganti minyak hitam,” terang Yatimah.
“Kereta
baru pun dah kena RM400. Kalau kereta
lamo, ok lah.”
“Pergi sendiri? Cik abang tak tolong ke?
“Hampehhh!“
Yatimah luah perasaan marah.
“ Cikgu...
tak baik cakap macam tu.
“Ese
pandang cikgu ni macam ada masalah jer,” cungkil rasa hati Yatimah.
“Memang
ado la. Saya tak nafikan,” aku Yatimah ringkas.
“Cikgu! Dalam
rumahtangga kuncinya tolak ansur. Seorang bising, seorang lagi mesti sonyap.
Jangan sama-sama bising. Nanti riuhlah,” peringatan yang aku berikan dalam nada
bergurau.
“Yeee... Selama
ni ese banyak beralah. Lebih-lebih lagi
bab duit. Susah nak cakaplah,” kata Yatimah.
“Ese lah cikgu,
sonang sahaja. Dia membebel ese diam
atau ese keluar duduk kedai mamak
sembang sampai potang,” jelas aku lagi.
“Ese ini,
apo boleh buek. Ese buek sendiri, tak
harap sangat dia. Dia selalu refuse
nak tolong,” jelas Yatimah.
“Cikgu
bekerja … tak ada masalah… konsepnya, duit cikgu, duit cikgu... Cikgu bersyukur
dengan rezeki yang ada. Jangan mempersoalkan duit dia. Cikgu buat apa yang
cikgu mampu dulu. Jangan angan-angan besar kerana tengokkan orang lain,” kata
aku lagi.
“Hellooo!
Mana boleh macam itu. Saya ini amanah dia. Kalau macam itu tidak payah
duduk serumah. Dari awal memang sudah
tunjuk nak suruh eden urus,” kata Yatimah seterusnya.
“Betul, tanggungjawab
dia. Tapi cikgu mesti sabar dan pelihara rumah tangga dengan baik,” ingatku.
“Adik-adik
angkat dia pun nak suruh den belanja.
Bukan budak-budak lagi, tapi sebaya dengan den. Apa jadi agaknya,ya?,” kata Yatimah lagi.
Akupun
tidak setuju keadaan begitu. Rasa simpati mula mencengkam hati. Yatimah semakin emosi meluahkan perasaannya. Aku lantas mengalih topik lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan