Tanggal 6 Ogos 2013, jam di dinding
menunjukkan 4.00 pagi. Pada skrin komputer terkelip cahaya merah menunjukkan Lizawati masih dalam talian bersama
komputernya.
“Cikguu…,” tegur Lizawati tiba-tiba.
“Salam.
Tak tidur lagi ke?,” tanyaku selepas menjawab salam.
“Tidur.
Tapi pukul tiga sudah terjaga. Akhirnya,
saya duduk buat assignment sintaksis.
He…he… he ,” jawab Lizawati.
“Mengapa?
Nak raya ye,” tanyaku lagi.
“Dapatlah
buat separuh. Dah berhenti sakit kepala.. selsema pulak. Bukan sebab nak raya
tapi susah hatilah. Assignment nak hantar,” jelas Lizawati.
“Susah
hati atau patah hati,” cungkilku.
“Kih…
kih…kih (ketawa). Dua-dua,” jawab Lizawati dalam ketawa.
“Tak.
Satu jer,” kata aku lagi.
“Semalam
dah patah pinggang kemas rumah arwah emak. Susah hati bercampur dengan sedih
hati. Tak habis kemas pun, tak larat. Tunggu hujung tahun pulak. Habis saya
jualkan peti ais lama, mesin kelapa, mesin jahit. Banyak benar barang tak terpakai. Orang tua kalau kita
buang dia pergi pungut balik. Kebetulan budak India beli besi buruk lalu, itu yang
jual. Duit buat upah anak-anak buah
tolong semalam,” Lizawati melaporkan
tugas terhadap rumah pusaka peninggalan arwah emaknya.
“Patah
pinggang ok lagi. Jangan patah tengkok,” usikku.
“Ha…ha…
( ketawa). Saya terfikir semalam, alangkah bagusnya kalau semua adik-beradik
ramai-ramai bersihkan rumah pusaka itu. Tapi tak apalah. Hendak buat macam mana.
Ada atau tidak ada mereka sama sahaja,”
keluh Lizawati bercampur kesal.
“Mengapa
adik beradik tak kerjasama. Ada apa-apa masalah
dulu-dulu,” cungkilku.
“Tak
ada masalah pun,” Lizawati berhelah cuba sembunyi masalah. “Memang macam itu perangainya.
Yang seorang sentiasa dengar cakap bini saja. Abang yang Perak itu…,” jelasnya.
“Berebut
harta pusaka kah?” tanyaku bagi
mencungkil masalahnya.
“Seorang
lagi yang perempuan itu bagi alasan
malas nak kemas rumah emak. Kalau sudah kemas baru dia balik. Sakitnya hati,”
Lizawati meluahkan perasaannya.
“Banyak
orang cakap. Orang lelaki jangan kahwin orang
Perak. Nanti tak balik,” usik ku lagi.
“Nak
berebut apa. Bukan orang kaya pun,” balasnya.
“Kadang-kadang
yang sikit jadi rebutan... jadi masalah besar,” kataku.
“Rumah
tu memang mak ayah bagi kat saya. Saya kan yang bongsu. Tapi adalah jugak yang berbunyi.
Alasan dia bagi duit kat mak ayah. Dok baiki rumah ke. Tapi mak cakap siapa-siapa
pun boleh duduk. Kalau rumah nak berebut, ambillah. Saya tak kisah. Mati pun
tinggal juga rumah. Tak bawa masuk kubur pun kan? Adik beradik kakak ipar saya
tu semua perempuan. Lepas tu yang saya perhatikanlah, abang-.abang ipar dia
semua macam orang bodoh je. Dengar cakap bini. Pelik!
Termasuk
abang saya tu. Tak berkenan,” terang Lizawati panjang lebar.
“Ha!
Ha! Ha! Kena nasi kangkang ke?,” usikku.
“Tak
tahulah. Tapi masa ayah baru meninggal dulu, cepat-cepat dia ajak abang pindah Perak.
Asalnya duduk KL. Puaslah emak merayu. Nanti susah nak balik. Memang betul pun
tak balik. Semuanya terbongkar masa kami pergi menunaikan haji. Kakak ipar telah
minta maaf dekat kakak yang duduk dekat KL
itu,” kata Lizawati lagi.
“Apa
yang terbongkar? Ketika di tanah suci,”
tanya aku lagi.
“Dia
cakap, dia sengaja ajak pindah sana sebab tidak hendak beri abang selalu balik ke
Melaka. Kejam atau tidak,” kata Lizawati
seterusnya.
“Kakak
duduk di Perak, dekat mana? Kerja apa,” tanyaku lagi.
“Pada
hal abang itu bekas pelajar sekolah
agama. Tidak mungkin tidak tahu tanggungjawab anak lelaki walaupun sudah kawin
kan? Dia buka spa dekat Manjung, yang hidup segan mati tak mahu. Ha... ha…,” leter Lizawati.
“Mula-mula
dulu susah. Tapi yang abang ini punyalah sayangkan bini sanggup berhenti kerja,” sambung Lizawati lagi.
“Dulu
kerja apa?” aku ulang pertanyaanku lagi.
“Abang
dulu kerja BSN, lepas berhenti itu kerja Maxis,” terang Lizawati seterusnya.
“Akhirnya,
tidak kerja, lama juga. Bertahun-tahun juga. Dok pinjam duit saja. Padan muka,”
kata Lizawati geram.
“Jangan doa dan niat tidak baik. Doakan yang baik-baik,” nasihatku.
“Jangan doa dan niat tidak baik. Doakan yang baik-baik,” nasihatku.
“Dulu
gaji sudah besar, lima hingga enam ribu sebulan. Apabila sudah berhenti apa
hendak duitkan. Sampaikan balik ke Melaka, emak dengan abang yang seorang lagi itu
beri duit minyak. Malas nak cakap lebih-lebih. Lantak dialah, cikgu. Cuma
terkilan sangat-sangat perangai dia itu. Bila saya cakap nanti, kata saya
kurang ajar. Saya ini hanya memerhati sajalah,” kata Lizawati geram.
“Jangan
kata begitu. Kita tak tahu nasib kita lagi akan datang. Kita syukur dengan apa
yang kita ada tetapi jangan niat tak baik pada orang lain,” ingatanku kepadanya.
“Masa
mak ada, sayalah kawan baik emak. Sentiasa simpan segala rahsia. Geran-geran, barang
kemas semua ada dekat saya. Geram, cikgu. Tapi tak apalah, Allah dengar apa
yang kita doakan
Hari
ini dia buat emak begitu,” terang Lizawati, anak emak yang disayangi.
“Itu
lah silapnya emak. Jangan berahsia dengan anak-anak,” kataku.
“Tapi
ingat dia ada anak-anak juga. Kami bukan ada rahsia apa-apa pun. Cuma emak terkilan saja,dengan sikap dia orang itu. Saya
dulu ada juga bertengkar dengan suami. Ya lah bukan apa sangat, dia hendak bila
balik kerja, bini mesti ada dekat rumah. Ketika itu saya kejap-kejap pergi rumah
emak. Hari-hari pergi rumah emak. Dia berbunyi juga pasal minyak kereta. Saya
pun cakap, saya bekerja, duit minyak duit saya. Ketika itu emak saya seorang sahaja.
Seorang diri tak ada laki sudah. Masa dia hidup inilah, saya hendak berbakti. Esok
bila sudah tak ada, saya duduk mengadap muka laki saja. Hendak bawa saya pergi mana-mana pun saya ikut. Ha! Ha! Bukankah
sudah betul sekarang?,” kata Lizawati panjang lebar.
“Ingat!
Syurga isteri dekat laki. Anak lelaki dekat
ibu,” pesanku lagi.
“Tahu,”
jawab Lizawati.
”Saya
tak menghalang dia kalau hendak balik rumah dia. Cuma hari raya memang saya nak dekat sini dulu sebelah
pagi. Mak ada atau tidak ada, saya tetap
dekat sini. He! He!,” kata Lizawati tegas.
“Mak
dah tak ada. Anak hanya doakan emak; di mana-mana boleh,” kataku.
“
Saya memang sentiasa berdoa. Tapi saya
tetap juga nak tengok kubur emak dekat kampung. Kalau masa emak ada hari-hari balik
kampung. Kini emak sudah tidak ada, namun dua hari sekali saya pergi kubur
emak. Tak boleh kalau tak pergi, rasa rindu sangat dan susah hati,” keluh
Lizawati.
“Mengapa
sampai begitu? Bacakan dan sedekahkan al-Fatihah untuk ibu di mana-mana boleh.
Sambil memandu dalam kereka pun ok,” ingatan ku.
“Dulu ke mana-mana saja saya pasti
dengan mak. Dulu masa kecil, empat tahun saya menyusu. Tak pernah berenggang,
sampai kahwin. Ketika di maktab, seminggu tiga kali saya balik ke kampung,”
kata Lizawati.
“Masa emak masih ada dengan emak
sudah tiada tentu tak sama,” kataku.
Sampaikan pergi haji pun mak
bawa saya juga. Memang tak sama. Sunyi sangat,” keluh Lizawati.
“Ooohh
Hajah! Tak tahu pula...,” sampukku untuk
mengubah topik perbincangan.
“Masa
emak sakit di hospital dulu, emak tak mahu orang lain jaga. Emak hendak saya
sahaja. Hari-hari cikgu, saya dekat Hospital Melaka itu. Dari selepas subuh
sampai maghrib,” kata Lizawati lagi.
“Dah
azan sayang. Jom solat subuh,” pintaku untuk menamatkan perbuatan.
“Ok,
jom,” jawab Lizawati ringkas.
“Nanti
kita sambung cerita lagi, ” kataku.
“Ok,
” jawabnya.
“Salam
Hajah. Ha! Ha! Ha!,” ketawaku.
“Perlilah
tu. Rezeki cikgu. Lagi pun memang emak berniat
hendak bawa saya ke Mekah, sebab dulu saya sekolah Arab,” kata Lizawati.
Akhirnya
suara Lizawati hilang. Cahaya merah di skrin komputer juga hilang.
Oleh: Mohamad Abd Ghani
2 ulasan:
Cerita ini bergerak daripada dialog antara seorang guru (mentor) dengan bekas pelajarnya (mentee). Ini bukan sesuatu yang ganjil - seorang guru yang baik dapat menolak jauh halangan komunikasi. Bagaimanapun guru perlu berhati-hati. Empati wajar tapi jangan terjebak bersama masalah yang diadu pelajar. Lebih buruk faktor perasaan dibabitkan.Bagaimanapun sesuai dengan konsep blog ini, saya bersedia menerbitkannya. Ini kerana kisah yang dipaparkan bukanlah sesuatu yang asing dalam dunia pendidikan Malaysia - guru dan pelajar semakin terbuka. Antara kekuatan karya ini ialah kejujuran yang dipaparkan dan cerita ini bergerak sendiri melalui dialog. Syabas saudara Mohammad Abd Ghani. Teruskan berkarya!
nota:
Mulai entri ini, saya akan mengulas cerita yang dihantar oleh penyumbang luar. Langkah ini dibuat dengan hasrat untuk berkongsi pandangan sesama pembaca agar kandungan blog ini dapat dipertingkatkan.
Saya amat gembira sekiranya pembaca juga turut memberi pandangan mengenai cerita yang dipaparkan. Sejak sekian lama, saya bersifat terbuka; sedia menerima komen dan kritikan demi kebaikan. Bukankah sifat saling mengingat itu dituntut?
Catat Ulasan