“Mimi
mula mengenali abang apabila Mimi
terpandang pic beberapa pensyarah MPPM, diikuti dengan pic2 abang dengan GP MPPM, pada mulanya ia hanya pandangan dari
mata, kemudian terus ke hati. Walaupun
Mimi langsung tidak mengenali abang, tetapi naluri Mimi berkata dan merasakan sesuatu... Oh, orang ini, Mimi kenal.
Apabila
kerap melayan satu persatu pic2 tadi,
tiba-tiba Mimi mempunyai rasa keyakinan bahawa orang yang Mimi pandang adalah orang yang Mimi boleh letakkan
kepercayaan sepenuhnya. Mungkin inilah perkenalan pertama Mimi, bak kata
pepatah, "Dari mata turun ke hati. Pelik juga mengapa tidak dengan
pensyarah lain yang Mimi kenali? Mengapa
dengan abang?
Abang
tidak perlu merasa zalim terhadap diri sendiri. Pada mulanya Mimi tiada niat
untuk mengharapkan sesuatu yang di luar jangkaan. Kata-kata dan apa sahaja
cadangan pemberian Mimi adalah ikhlas.
Sudah menjadi amalan Mimi suka memberi
kepada orang yang Mimi rasa perlu Mimi beri tanpa niat terselindung. Ikhlas, bukan
mengharapkan pembalasan. Mimi rasa Facebook
(FB) telah memberi peluang kepada
Mimi untuk berkenalan dengan orang luar termasuk rakan-rakan lain. Mimi jadi
sangat gembira kerana sebelum ini Mimi tiada
kawan berbicara.
Kemudian
untuk menambah kegembiraan, Mimi membeli
Blackberry
(BB). Pada ketika itu Mimi rasa
sukar membawa laptop. Dengan adanya BB, tanpa di sedari Mimi load
pic-pic abang. Juga, pada mulanya hanya suka-suka sebagai pembakar semangat Mimi untuk
melakukan tugas-tugas harian. Maklumlah abang pensyarah, pasti Mimi hormati
walaupun Mimi tak kenal mahupun abang tidak
kenal Mimi. Tetapi setiap hari apabila BB yang berserta pic abang ada dalam genggaman tangan Mimi , Mimi lebih bersemangat,
bermotivasi untuk lebih berusaha menjalankan tugas-tugas harian. Mimi rasa
abang sentiasa ada disisi Mimi. Ternyata
tepat tindakan Mimi. Tiada siapa yang
mengajarnya. Berlaku secara spontan.
Kini
setiap apa tindakan Mimi, Mimi rasakan perlu mendapatkan restu abang, kerana
pergerakan dan tindakan harian Mimi selalu dimulakan dengan BB Mimi. Kemudian daripada situ, langkah yang
dicipta sendiri, tiba-tiba Mimi semakin sayang dan sayang dan sayang terhadap
abang.
Sekiranya
Mimi siasat daripada FB
abang, Mimi pasti tidak akan terus begini, kerana Mimi akan terluka mengetahui siapa abang. Tetapi Mimi mempunyai
satu sikap lain daripada orang lain. Keyakinan menguasa diri Mimi. Mimi terus nekad,
yakin bahawa orang ini pasti dapat memberi sinar harapan kepada Mimi, maka Mimi akan mencari, menyusuri cahaya darinya. Jika
gelap yang bakal menjelang, maka
Mimi akan keluar dengan
meninggalkannya, walaupun menggagau, meraba-raba dalam kegelapan.
Setiap
saat juga, Mimi merindui abang, walaubagaimana pun BB menjadi pengubat rindu Mimi.
Benarkah abang sanggup menunggu Mimi? Sebelum ini, dua kejadian orang berjanji
kepada Mimi, menjadikan Mimi tidak yakin dengan janji lelaki. Kata, tidak akan
berkahwin sampai bila-bila sekiranya Mimi tolak lamaran mereka, kemudian tidak
sampai dua bulan, tahu-tahu sudah ada
pengganti... kahwin dah.
Abang,
Mimi tidak mengharapkan balasan daripada abang. Mimi juga bukan mahu bermegah-megah dengan apa
yang Mimi perolehi. Semestinya, Mimi langsung
tidak akan mengatakan abang mmendampingi Mimi kerana kekayaan Mimi. Bukan abang mencari Mimi, sebaliknya, Mimi yang mengekori abang. Betul
tak? Pernah ke Mimi menuntut balasan
daripada abang? Mimi hanya ingin berkongsi apa yang Mimi miliki
dengan abang. Mana tahu mungkin abang dapat menerimanya satu hari nanti. Dan
menjadi milik abang juga…….. “
“LOVES make a lot of
promises
If you only know
What I've been going through
Waiting and wanting you
Could this be LOVE
How tell me, How will I know
Will my heart make believe it so
Can I trust the way I feel
If you could read my mind
You see how hard I try
Still I can't decide.”
If you only know
What I've been going through
Waiting and wanting you
Could this be LOVE
How tell me, How will I know
Will my heart make believe it so
Can I trust the way I feel
If you could read my mind
You see how hard I try
Still I can't decide.”
“Abang,
I already made PROMISE to myself ... to
LOVE.... only YOU. I could fall in LOVE with you. BUT, ... I could loose my
heart tonite, if you turn around.
“
Terima kasih, kerana abang menyayangi Mimi. Boleh bertahan lamakah kasih sayang
abang terhadap Mimi, dengan alasan kasihan sahaja? Mimi memang meletakkan
kepercayaan terhadap abang dan secara tidak langsung Mimi telah menceritakan
hal perbadi Mimi, yang
tersimpan lama kepada abang sahaja.
Mengapa? Tanda cinta, sayang dan kasih Mimi kepada abang.”
Demikian
satu monolog perjanjian insan baik yang
bernama Mimi Khirlina yang tidak yakin dengan kata lelaki. “Kata, tidak akan berkahwin sampai
bila-bila sekiranya Mimi tolak lamaran mereka, tetapi tidak
sampai dua bulan, tahu-tahu sudah ada
pengganti... kahwin dah.”
Namun,
bolehkah,
dipegang perjanjian Mimi? Adakah kita yakin dengan janji Mimi? Janji pasti
membawa akibat, ditelan pahit dibuang sayang. Semua janji tetap diingati. Aku tidak
menuntut, cuma menanti Mimi menunaikan
janjinya.
Oleh: Mohamad Abd Ghani
Tiada ulasan:
Catat Ulasan