Kami
sepakat untuk pusing-pusing Brisbane pada hari akhir kunjungan ke Australia
kali ini. Sejak tiba di kota ini Ahad lalu, kami cuma bermalam di sebuah hotel
bajet berhampiran lapangan terbang, sebelum berangkat ke Gold Coast, destinasi
utama kunjungan keluarga kali ini.
Setelah memandu kira-kira 90 Kilometer
melalui Motorway 1, kami tiba ke destinasi yang telah diarahkan kepada alat
GPRS yang dipasang di kereta; Queen Street.
Menurut brosur yang kami baca, Queen Street
adalah antara kawasan membeli-belah di Brisbane yang turut menempatkan kedai
bebas cukai.
Memandangkan tiada parkir tepi jalan yang
kosong, menantuku Abdullah Adiel terus memandu masuk ke parkir Myra, sebuah
pusat membeli belah di situ.
Hanya sewaktu hendak mengambil tiket parkir,
dia terbaca kadar parkir yang dikenakan.
“Macam mana? Kadar parkir AUSD5 20 minit
pertama. Naik AUSD20 pada jam berikutnya,” katanya sambil mencari tempat
kosong.
“Kalau kita terus keluar?,” tanya isteriku.
“Kalau terus keluar, tetap kena bayar AUSD5
juga,” kata Adiel.
Kami terus memutuskan untuk melihat-lihat
beberapa kedai rangkaian yang ada di situ, Coles
dan Target dan akan keluar
selepas 20 minit dan mencari parkir di luar.
Menurut anak sulungku Siti Haryati yang
pernah berkunjung ke Australia sebelum ini harga barangan di kedua-dua
rangkaian yang berselerak di seluruh Australia ini bermutu dan murah.
Bagi kami yang baharu mengenali kedua-dua
rangkaian ini ingin sangatlah mengunjunginya. Sebelum ini nama Coles dan Target tidak ada dalam kamus kami. Kalau Woolworth, Sainsbury,
Tesco dan Aldy banyak di United Kingdom.
Ternyata barangan yang dijual di Coles lebih murah dan ini menarik
perhatian anak keduaku, Siti Atiqah.
Atiqah yang memang gemar membeli pakaian
desain terkini tertarik dengan jaket dan blaus yang ada di situ.
“AUSD10 sahaja ibu,” aku terdengar dia
memujuk ibunya. Oleh kerana lampu hijau sudah diberikan ibunya, Atiqah terus
leka membelek.
Sewaktu berkejar turun ke tempat letak kereta
selepas membuat bayaran pakaian dibeli, masa yang ditunjukkan di mesin parkir
22 minit.
Jadi caj yang dikenakan AUSD20 iaitu
kira-kira RM60.00.
Sewaktu Atiqah membelek baju yang dibeli
dengan beria-ia mengatakan ianya murah, aku tak sampai hati mengatakan ianya
bukanlah murah jika dicampurkan dengan duit parkir yang dikenakan untuk membeli
baju itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan