Selasa, 27 Ogos 2013

‘Pengantin tak jadi’ berbaju kurung ke pasar malam

SABTU 26 FEB 2011: Hari ini hari yang sangat meletihkan, penat, hampa dan mengecewakan Tengku Mimi Khirlina.  Semua perjanjian dan perancangannya tidak menjadi. Tengku Mimi Khirlina termenung sendiri di pejabat Pusat Tuisyen Bestarinya di Taman Kosas, Ampang.
    “Tak mengapalah, aral dah melintang, takdir dah tersurat, pasti ada hikmahnya. Tugasan di pejabat sedikit sebanyak menghiburkan hati,” bisikan yang memujuk hati Tengku Mimi Khirlina.
    Anak murid, Nazhan tiba-tiba terlintas di hadapannya menegur, "Cikgu nak pergi kenduri ke lepas kelas petang ni," Sebelum ini, dia tidak pernah bertanya dan bercakap, tiba-tiba budak ni bersuara.
    "Mengapa awak tanya cikgu, macam tu? " Tanya Mimi.
    “Cikgu nampak cantik dan lawa dengan baju kurung. Cikgu tak pernah pakai macam ni, baju dan kasut cikgu di atas rak, sama warnalah,” pujian Nazhan yang membanggakan.       
    "Cikgu nak pergi hadiri majlis lepas kelas nanti,” jelas Mimi.
    "Majlis orang kahwin ke Cikgu? Cikgu macam pengantin...," tiba-tiba Nazhan ketawa akan Umi.
    "Ya lah, pengantin tak  jadi," lawak  Mimi. Kami gelak sama-sama.
    Sejurus selepas kelas, tiba-tiba anak dan ayahnya call dari Genting. Anak Mimi baharu mendaftar di sebuah sekolah elit swasta di Genting. Ayahnya  menemani dan memantau anak kesayangannya dengan tinggal menyewa sebuah apartment di Genting.
    Tengku Mimi Khirlina berkejar ke Ampang Point, order Pizza. Tujuannya, Mimi ingat hendak hiburkan orang tengah marah dengan makanan Pizza. Perjalanan terganggu kerana Jalan Ampang-Ulu Klang sesak teruk.  
    Tiba-tiba Tengku Mimi Khirlina dapat sms, “ Abang nak call” telah  menggembirakan hatinya.
    “Alhamdulillah... ada orang sudi menemankan sepanjang perjalanan yang membosankan,” kata hati Mimi lagi.
    Apabila  berhadapan dengan mereka di Genting, tidak ada konklusi, masing-masing dengan pendapat sendiri, masing-masing  hendak  tunjuk keras kepala. Akhirnya, Mimi bawa balik barang-barang anak dengan meninggalkan mereka menyusur  kemudian.
    Sepanjang perjalanan balik ke Ampang, macam-macam perkara di fikirkan. Mimi call abang lagi... saja buat sibuk dan menyibuk hendak menyusahkan abang. Pandu kadang-kadang laju, kadang-kadang  perlahan. Tiba di Ampang Indah sebelum Bukit Indah, rasa nak makan sesuatu... teringat malam ini ada pasar malam ...nak merasa Young Tow Fu. Tapi pasar malam ini sudah lebih sepuluh tahun tidak  pernah jejak dan cuba membeli. Beranikan diri dan selamba lah, harap-harap tidak ada orang perasan atau kenal.
    Semasa memilih bahan-bahannya, Mimi sudah perasan seseorang lelaki asyik memerhati.  Mat ini bukan nak beli sangat, sekejap ke gerai kiri, kanan, depan, belakang, tidak beli apa-apa pun. Hanya mundar-mandir sahaja.
    Pada masa yang sama, tergerak hati berkata, “ Entah-entah  nak meragut.”
    Selepas membayar harga bahan-bahan, Mimi  cepat-cepat  melangkah laju meninggalkan gerai itu. Mat yang memakai T-shirt merah dan seluar track tadi mengekori di belakang. Mata-mata para penjual di semua gerai memandang ke arah Mimi. Mimi menjadi panik. “Mengapa baju Mimi hari ini ada cacat ke, ada terkoyak dimana-mana ke, atau ke tudung salah pakai,” fikir hati Mimi.
    Ketika, sedang berjalan ke kereta, tiba-tiba Mat tadi bersuara, "Assalamualaikum... buruk dan teruk sangat ke saya, semua orang pandang saya berjalan dengan awak," tegur  Mat.
    Mimi  tersentak...,”Eehhhh...kenapa pulak Mat ni.”  Tanpa menjawab salamnya, khuatir terperangkap.  
    "Ada apa?" tanya Mimi ringkas.
    "Orang semua pandang saya jalan dengan awak, teruk sangat ke saya?," jawab Mat tadi.
     "Maaf, saya tak tahu," jawab Mimi.
    " Saya ada beli keropok ni, saya tak nak makan lagi( Sambil menghulurkan bungkusan dari tangannya),"  pelawa Mat.
    "Maaf saya tak nak terima,” Mimi terus berjalan meninggalkannya
    "Kalau ada kerja kosong bagi tahu saya,” teriak Mat bertanya.
    Tengku Mimi Khirlina rasa pelik, mengapa dia tanya kerja kosong? Bila Mimi masuk kereta dia ketawa dan salute angkat tangan. Siapa agaknya... Matla'un tadi. Sumpah lepas ni  Mimi tidak akan ke pasar malam itu lagi.

Catatan 
Kisah ini, diceritakan sendiri oleh Tengku Mimi Khirlina kepada  saya dan mengemukan soalan, Siapakah Mat ber-T-shirt merah dan berseluar track itu? Tentu para pembaca ada jawapannya. Satu persoalan lagi, mengapa Tengku Mimi Khirlina sudah lebih sepuluh tahun tidak pernah menjejak pasar malam itu? Dan  Mimi mengharap tidak ada orang perasan atau kenalnya. Satu soalan lagi, adakah Tengku Mimi Khirlina pergi di majlis perkahwinan itu? 

Oleh: Mohamad Abd Ghani

Tiada ulasan: