“Juriyati,
kesabaran dalam hidup ini sebenarnya tiada had dan batasannya. Sesiapa yang
menyatakan sabar itu ada had dan batasnya, itu adalah salah. Itu sebab,
kekuatan dalam menahan kesabaran itu adalah dituntut, dan apabila kita berjaya
menahan kesabaran itu, besar hikmah dan hidayahnya yang akan kita perolehi,”
kata salah seorang tokoh agama kepada saya.
Amat saya hargai kata-kata itu, dan saya
jadikan azimat di sepanjang perjalanan hidup ini. Malah bila bertemu dengan
kawan-kawan yang bermasalah yang tidak tahan dengan dugaan dan ujian hidup yang
dilalui, saya akan ulangi kata-kata itu.
Namun, amatlah payah di kalangan mereka
untuk menerimanya, kerana yang mereka perlukan adalah disokong dan galakan
lagi, malah mahu dilayan mainan perasaan mereka itu bagi mendapatkan kemenangan
walaupun ternyata, kesilapan jelas daripada diri mereka sendiri.
“Sabar itu sebenarnya, tiada had dan
batasannya, jangan terus melayan emosi, kerana nanti padahnya kepada kita juga,
tahanlah dengan ujian Allah swt, Insya-Allah, kita akan dipeliharanya dan
disayanginya sentiasa.
“Selagi kita bernafas di dunia pinjaman
Allah swt ini, selagi itulah kita akan sentiasa diuji dengan kesabaran. Apabila
kita sudah tekad dan menerima setiap yang dipertanggungjawabkan dengan penuh
keikhlasan dan ketulusan niat tanpa selindung, Insya-Allah kita akan sentiasa
redha dalam apa juga dugaan dan ujian yang mendatang walau sepahit dan sepedih
mana pun kerana yang lebih mengetahui adalah Allah swt dalam setiap kebenaran
itu.
Rentetan daripada kata-kata itu, ingin saya
kongsi pengalaman yang dilalui baru-baru ini kepada diri saya sendiri. Walaupun
pada saya cuma sekelumit permasalahan yang dihadapi, namun kesannya boleh
diambil sebagai pedoman agar kita tidak digolongkan sebagai seorang yang suka
menyerlahkan ketidakmatangan diri dan sudahnya akan ditertawakan orang dengan
melabelkan kita sebagai seseorang berstatus mengalami masalah dalaman tanpa
kesudahan.
Tanggal 24 Ogos 2013, saya terbaca melalui
laman facebook saya coretan dari salah seorang yang sememangnya amat saya
kenal, kerana dia adalah di bawah pemerhatian saya dalam melaksanakan tugasan
seharian (tetapi bukan di kalangan rakan sepejabat).
Sebelum ini, banyak dipaparkan berbagai-bagai
coretan mengenai ketidakpuasan hatinya terhadap saya dengan perkataan yang
tidak langsung menampakkan kematangan diri. Seolah-olah seperti seorang
kanak-kanak di bawah umur yang bergaduh sesama sendiri. Tidak pernah saya
hiraukan, kerana jika dilayankan, akan membawa diri saya terjerumus ke kancah
yang ditertawakan orang.
Namun, untuk kesekian kalinya, coretan yang
dipaparkan pada tanggal 24 Ogos itu, saya mengambil keputusan memberi
penjelasan mudah dan singkat. Jika penjelasan terperinci diberikan, nanti
terjadi pula pada dirinya ibarat “menepuk air di dulang”. Bagaimanapun,
kesopanan itu tetap menjadi teras pegangan ketatasusilaan, kerana tujuan bukan
untuk mencari kemenangan bagi pihak sesiapapun. Bagi yang faham kerja pasti
mereka akan mengerti.
58 minutes
ago
Tak Bernama: Mengenai kejadian semalam.. kepada perempuan tua.. jangan selalu memainkan sentiment dan persepsi yang membentuk pemikiran negetif orang keliling anda yer.. jika sebab nak menjalankan tugas dan mengambil tahu hal dan perihal mereka yg dibawah skop anda.. pastikan tak melanggar etika tugas..
Tak Bernama: Mengenai kejadian semalam.. kepada perempuan tua.. jangan selalu memainkan sentiment dan persepsi yang membentuk pemikiran negetif orang keliling anda yer.. jika sebab nak menjalankan tugas dan mengambil tahu hal dan perihal mereka yg dibawah skop anda.. pastikan tak melanggar etika tugas..
Anda diyakini dan dipercayai ramai orang..
sama ada crita betul dan crita tak betuk.. orang aka nada harapan terima bulat2
perkara yg keluar dr mulut anda.
Pelik.. umur
dah macam tu.. masih lagi perangai pelik2 dan tidak professional lak tuh.. kot
yer pun dalam bidang professional.. buat lah secara professional.. dan maklum
apa2 yang sepatutnya dimaklumkan.. jangan heboh dgn periuk nasi sendiri yoh
sodang oghang lain dari periuk yang samo gak.. adakah anda sedang berusaha
hendak memecahbelahkan kepercayaan dan keyakinan yang kami perolehi? Jika benar,
maknanya.. andalah perempuan tua yang ...
Juriyati Mat Jalil: Kita dikurniakan mata utk melihat, dikurniakan
telinga utk mendengar, dikurniakan lidah utk berckp dan akal utk berfikir. Jgan
segla kesempurnaan yg ada itu digunakan kea rah yag tidak baik sehingga mengadu
domba perkara2 yg diri sendiri tidak tahu maksud tersurat dan tersirat. Nanti,
satu persatu anugerah sebagai insan yg sempurna itu diambil semula Allah swt sehingga
tikanya kekesalan itu sudah tidak membawa erti. Biar Allah swt mengadili setiap
kebenaran itu, kerana Allah swt yg lebih mengetahui hitam putihnya hati dan
niat setiap makhluk yg diciptanya. Buruk padahnya kpd orh yg mengajar dirinya
suka bersalah sangka...
1 minute ago
1 ulasan:
Menarik! Politik pejabat di pejabat orang politik. Politik pejabat tidak pernah berakhir... Mari kita kongsikan cerita-cerita di tempat kerja untuk dijadikan bahan renungan; untuk kebaikan bersama juga.
Catat Ulasan