Sabtu, 3 Ogos 2013

Siti Aisyah Mohammad



Mohammad Abd Ghani
Sesudah solat Subuh, saya pasti ke layar Facebook Siti Aisyah Mohammad. Nama itu seolah-olah ada hubungan dengan nama saya dan diri saya sendiri. Sepatutnya,  bukan nama saya di sini tetapi nama Mohd Asri.
     Mengapa nama saya berada di situ? Saya tidak pasti. Hanya pembina Facebook  itu  sahaja yang mengetahuinya ketika itu. Namun, saya sentiasa membaca coretan di situ berulang-ulang kali setiap hari.
     Tiba-tiba saya terbaca dialog ini.
     “ Salam Siti Aisyah,” bermula dengan salam daripada Yati.
     “ Salam. Kakak kenal saya?” tanya Siti Aisyah.
     " Rasanya tak kenal. Tapi how are you related dengan Encik Mohamad? Are you his daughter? If so, kakak  ini  ex student MPPM, anak murid Encik Mohamad. After 20 years baru jumpa kat FB and some other MPPM ex students, begitulah adanya, Haaa! ” terang Yati meyakinkan Aisyah 
     “ Salam, yes I'm related to him. What do you know about him? Is he good or bad? tanya Aisyah.
     “Alhamdulillah… he is a good father I guess,  banyak beri nasihat berguna dan pakar bahasa yang perlu dikongsi ilmunya. You should know him better. Saya tak lah kenal detail. Maaf, ya...wallahua'lam,” tambah Yati.
     “Yes, he is the best daddy. He always advice me too. But he also busy with other things that makes me far away from him. I wish he could hold my hands and hold it tight. Do you know all his friends? His close friend?”  tanya Aisyah bertubi-tubi.
     “ Tak tahu pulak Aisyah, sure dia ada best friends,cubalah intai  dekat kedai mamak tempat dia selalu lepak tu. I am sure dia sayang dan kasih anak-anak dia. If you feel like to hold his hands, why not?” jelas Yati.
     “Grab je...surprise him, boleh ke ?” Tanya Aisyah.
     “Wallhua'lam.  Aisyah beruntung, your father is still around. But my father has passed away ketika muda. Anak-anak kurang kasih sayang dan advice dari seorang bapa, banyak bezanya. Ok !” jelas Yati  lagi.
     “ I would hold his hand if I could, but I can't because he is far away from me. I wish I could hug him too. I missed him so much. It’s been such a long time, I had left alone. Do you think he is a loving person?” Aisyah terus bertanya.
     “I don’t know Aisyah. Orang kata, dia macam garang masa dekat maktab dulu. Aisyah tak ada cuti ke? Where are you  now?  Dengar kat Ipoh, betul ke? Tak apalah, esok-esok cuti hug and kiss him as much as you want, ok! Mak Aisyah still around, bukan? tanyalah mak tu apa your father do like and dislike. Berilah dia hadiah ke, betulkah your father tu garang ke Aisyah?” tanya Yati kepada Aisyah lagi.
     “How do you know I was in Ipoh. Did he mention to you? Aisyah dah lama tak jumpa daddy, kakak. Mama also keep silent if I ask about it. Wonder, why?”  “ Hope both of them can be together again,” kata Aisyah.
     “ What daddy likes and dislike also I never know, really wish to be around him. Sooner or later,” harapan Aisyah.
     “Oh, gitu ceritanya. I never know the real situation. Maaf ya, Aisyah. I  thought he stay together with your mom. Ada dia cerita tentang you, ambil Aisyah balik dari  Ipoh. Is that true? I am very sorry to know that, hope one day you will be together as a happiest daughter to your father. Doalah banyak-banyak Aisyah. Insya-Allah, Allah makbulkan. Boleh kakak tahu, since bila Aisyah  tak jumpa ayah tu?
     “ Bila Aisyah going to finish your study? Is it because of different political view ke yang bawa kepada perpisahan itu?,” tanya Yati.
     “ I can't remember since when, but it was long time ago. I love to study, I will continue my study, I don't know until when. If  I  can further my study abroad, my mom dreams will come true. Hope to fulfil her request. Aisyah didn't  know much about politic. Did he told kakak about his political view. Was he a politician?,“ tanya Aisyah.
     Yati diam. Yati tidak memberi jawapan.
     “By the way, I am sorry. Aisyah can't accept kakak to be my FB friend. Mummy and daddy won't allow, they told me beware of strangers,” jelas Aisyah. 
     “ It’s ok  Aisyah. Kakak pun tak  nak kata apa-apa lagi. I hope Aisyah will succeed in your future undertaking dunia  dan  akhirat,” kata  Yati.
Yati menjelaskan usianya 43 tahun, baru menamatkan pengajian ijazah sarjana muda  di OUM. Yati mengajar di sebuah sekolah di Putrajaya dan juga tinggal di Putrajaya.
     “Jangan sia-siakan your  mom dreams;  selagi mampu you must try and go as far as you  can, be optimist you can do it! Kak doakan dari jauh je ya, ” pesan dan nasihat Yati.
     “ Tapi if  you need my helps, please tell me and contact me, yeah, keep in touch with me. I’ll be around. Kak cuma nak menolong mana yang boleh. Kak faham maksud strangers itu. Don't worry demi kebaikan, ingatlah pesan mereka ya, ” pesan  Yati kepada Aisyah.
     Tiba-tiba Mahani, emak Siti Aisyah muncul dalam perbualan itu.
     “Dah habis baca, dah?” tanya  Mahani  tiba-tiba kepada Mohamad, ayah Siti Aisyah.
     “Dah,  susah nak faham... belit-belit. Dah sampai Ipoh pulak,” jawab  Mohamad.
     Senyap. Suasana lama senyap.
     “Abangggggggggggg,  are  you  there?  Mama nak  balik ni sayang, ”  rengek  Mahani. 
     “Ada sini, tak faham... kepala abang kecamuk... jiwa abang kosong... hati abang kecewa, “ jawab  Mohamad. 
     “Jantung berdegup… dada abang panas,” tambah Mohamad lagi.
     “ Mahani nak balik.. ok lah.. dah beri kunci pada bibik?”  kata Mohamad.
     “Tak faham apa? Siti Aisyah  tak kata, ya, dia di Ipoh. Yati sahaja yang teka tu. Hahahaha, “ Mahani  ketawa dan Mohamad  turut ketawa juga.
     “Kecewa ngape pulak...alahai abang jangan macam ni, Mahani  tahu abang kecewa tapi message  ini kan hanya lamunan... lamunan… (terhenti) ,” jelas Mahani.
     Benarkah perbualan itu satu lamunan sahaja. Siapa Siti Aisyah Mohammad? Saya pasti, ia bukan lamunan tapi bisikan hati dalam batang tubuh, Siti Aisyah,  insan yang lebih awal kembali menemui Allah swt. Bisikan hati dan perasaan bergelora insan yang segar bugar di maya FB ini. Yati menjadi mangsa sebagai pengantara dalam lamunan itu.
     “Kasihan pada dia, Yati?,” tanya Mahani.
     “ Kecewa memang pun,” jawab  Mohamad.
     “Kecewa apa?  Sebab Siti Aisyah  memang tak  wujud, bukan? Atau marah kami cerita hal-hal yang memang tidak wujud?” tanya Mahani. 
     Mohamad terdiam. Dan berlegar dalam fikirannya, siapakah Siti Aisyah sebenarnya?
     Mohamad tiba-tiba  mengubah topik, lantas tanya Mahani,“ Bila bibik nak ambil kunci gate?
     “Bibik suruh beri pada jam 5 petang nanti sebab dia kena pergi kerja kat rumah orang lain,” jelas Mahani.
     Mahani  meninggalkan Mohamad dalam alam FB sendirian.

Oleh: Mohammad Abd Ghani

1 ulasan:

ceritaapaapasaja berkata...

Terima kasih kerana menyambut cabaran saya. Radzali A Ghani, bagaimana?