Cikgu SNMN mendapat
Kursus Asas Perguruan dalam bidang TESL di Maktab Perguruan Perempuan Melayu
(MPPM) Melaka. Setelah 10 tahun berkhidmat, beliau meninggalkan perkhidmatan
dengan kerajaan di Sekolah Rendah Convent, Seremban. Kemudian berkhidmat dengan
institusi pendidikan swasta seperti Institut Iqra, Kolej Legenda, Uniten, Prestariang
Technology dan kini dengan satu perunding pendidikan di Kuala Lumpur, sejak
tiga bulan lepas.
Sejak itu, SNMN, berulang alik
Seremban-Kuala Lumpur dan sering balik lewat. Suatu hari SNMN balik kerja dari
KL, hari sudah jauh malam. Kebiasaannya,
dia memandu seorang diri tanpa ada perasaaan takut. Tiba-tiba apabila masuk
sahaja kawasan Nilai, telefon bimbit yang diletak di tempat duduk sebelah kiri menyala
bercahaya tetapi skrinnya kosong!
“Hairan. Aik, tidak pernah pula berlaku sebelum
ini,” fikirnya.
“ Aku terus memandu sambil teringat kisah pengalaman
cikgu Mohammad Abd Ghani yang dilanggar dengan sesuatu yang
‘invisible’ sehingga pecah cermin tepi bahagian hadapan kiri,” kata lamunan
SNMN.
Kebetulan berlaku, ketika tiba betul-betul di depan pintu masuk 'Nilai Memorial Park' (Kawasan
perkuburan Cina ) sekali lagi telefon bimbit itu menyala dengan skrin kosong!
Dalam hati SNMN berkata "Eeiiii biar betullll!!! Siapa tetamu yang tidak diundang, miss call itu.”
Penceritaan SNMN itu didorong oleh penceritaan aku sebelum itu
dalam Wall FB, Ex-MPPM 87/89. Peristiwa yang aku alami juga menyeramkan kerana
seolah-olah ada tetamu yang tidak diundang mengganggu perjalananku.
Pada satu malam, aku terpaksa mengambil
‘orang rumah’ di Taman Tuanku Jaafar, yang baru kembali dari Taiping bersama
adiknya. Jam sudah menunjukkan pukul 10.00 malam. Aku berfikir jalan mana yang
harus aku ikut , Jalan Raya Seremban-Tampin yang banyak lampu trafik atau Jalan
Rembau-Sepri-Pedas yang agak gelap dan sunyi.
Aku memilih Jalan Rembau-Sepri-Pedas yang
lebih mudah dan cepat. Aku memandu seorang diri dan berasa gerun juga kerana
banyak cerita seram diceritakan oleh pengguna jalan tersebut pada waktu malam.
Satu cerita pengalaman seorang pemuda memandu
seorang diri ditumpangi oleh seorang makhluk yang tidak diundang dari satu
lokasi berhampiran dengan perkampungan orang Asli di Chembong Ulu.
Apabila sampai di rumah pemuda itu, makhluk
tersebut tidak berkata sepatah pun dan tidak turun dari kereta. Pemuda itu
memberanikan diri, memusing keretanya dan menghantar balik makhluk tersebut di
Kampung Chembong Ulu.
Aku ingat peristiwa itu, sejak mula memandu melalui
jalan tersebut. Aku berasa gerun dan seram. Namun memberanikan diri juga. Sepanjang
perjalanan itu, aku sentiasa berzikir dan membaca Al-Fatihah berulang kali,
dengan harapan tidak diganggu oleh tetamu tidak diundang.
Ketika berada berhampiran kampung orang Asli
Chembong Ulu, tiba-tiba bunyi dentuman
kuat melanggar kereta dan sangat memeranjatkan aku.
Dentuman kuat itu menyebabkan cermin tingkap
kiri dan 'side mirror' kiri pecah
berderai. Hairan; tiada batu, kayu, atau manusia. Aku melanggar sesuatu atau
aku dilanggar sesuatu, aku tidak pasti kerana lokasi itu gelap.
Apa yang pasti cermin tingkap kiri pecah
berderai dan percikan kacanya mengenai aku.
Namun, aku terus memandu keretaku hinggalah ke Taman Tuanku Jaafar.
Persoalan dalam pemikiranku hingga kini ialah, apa atau siapa yang
dilanggar atau melanggar kereta aku. Adakah penumpang yang tidak diundang itu
melanggar keretaku. Yang pasti tidak ada apa-apa kesan di lokasi apabila aku
pergi tengok pada siang hari keesokan harinya. Hingga kini menjadi tanda tanya
aku, siapakah tamu yang tidak diundang mengganggu SNMN dan aku pada malam-malam
tersebut.
Oleh: Mohamad Abd Ghani
Tiada ulasan:
Catat Ulasan