TIP PENYELIDIKAN 2
SETIDAK-TIDAKNYA ada dua sumber bahan: Sumber Primer dan Sumber Sekunder.
1. Sumber Primer (bahan yang diperolehi secara langsung/ terus daripada orangnya. Contoh: Wawancara dengan peneroka yang masih ada untuk mendapatkan maklumat sejarah kedatangan mereka, jerit-perih yang terpaksa dilalui dan sebagainya).
SETIDAK-TIDAKNYA ada dua sumber bahan: Sumber Primer dan Sumber Sekunder.
1. Sumber Primer (bahan yang diperolehi secara langsung/ terus daripada orangnya. Contoh: Wawancara dengan peneroka yang masih ada untuk mendapatkan maklumat sejarah kedatangan mereka, jerit-perih yang terpaksa dilalui dan sebagainya).
Sewaktu menemui mereka dapatkan
bukti-bukti nyata yang masih di simpan: Contoh basikal yang dibawa dari kampung
dahulu, foto yang diambil sewaktu hari pertama datang, foto hari pertama
melapor diri dan sebagainya. Sumber Primer lebih tepat dan berwibawa.
Aku
terus menitipkan panduan
dalam akaun Facebook Jengka 4, Maran, Pahang bagi memudahkan mereka mencari
bahan untuk coffee-table book `Felda
Jengka 4: Mengesan Jejak Selepas 4 Dekad’ yang kami rancang.
Penerbitan buku ini akan menggunakan
pendekatan baharu. Sebagai Perunding Penerbitan, aku hanya akan bersemuka
dengan tenaga kerja yang terbabit, dua kali. Sekali sewaktu mesyuarat pertama,
menetapkan dasar penerbitan dan kewangan dan kali keduanya sewaktu buku ini
akan dilancarkan oleh Perdana Menteri nanti.
NAMA-NAMA yang dinyatakan di bawah ini perlu
menyatakan persetujuan menganggotai Tenaga Kerja Penerbitan buku `Felda Jengka
4: Mengesan Jejak Lebih 4 Dekad' dengan menjawabnya melalui ruang `comment' di
bawah:
1. Pengarah Penerbitan: Zaki Sharifuldin
2. Pengarah Penyelidikan : Haminn Hann Khalib
3. Pengarah Fotografi: Azlan Lot
4. Pengarah Tajaan & Kewangan: Abdul Halim Budin...
1. Pengarah Penerbitan: Zaki Sharifuldin
2. Pengarah Penyelidikan : Haminn Hann Khalib
3. Pengarah Fotografi: Azlan Lot
4. Pengarah Tajaan & Kewangan: Abdul Halim Budin...
Aku terus memberi panduan dengan memberi penekanan kepada
konsep mesyuarah dan sifat menawar diri secara sukarela untuk menjayakan
penerbitan buku yang antara lain bermatlamatkan mencari sumber kewangan bagi
projek Pembelajaran Sepanjang Hayat Warga Felda Jengka 4, `kampungku’ yang
pernah dihuni pada tempoh 1974-1978 allu.
`Kampung’ ini banyak meninggalkan kenangan manis sama ada
dalam pembangunan kerjaya atau keperibadianku sendiri. Di sinilah awalnya, aku
memaknakan pengetahuan yang dititip daripada Maktab Perguruan Mohd Khalid,
Johor Bahru.
Selesai menitipkan cadangan nama tenaga produksi yang terbabit
yang hanya berasaskan interaksi mereka di Facebook, tiba-tiba teringat mengenai
cadangan Zaki Sharifuldin, Pengarah Penerbitan projek ini, mengapa tidak YB Dato'
Shahaniza Shamsuddin, Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Sentul dilantik
sebagai Penaung.
Aku
akur dengan cadangannya itu lantas menitipkan kata-kata ini untuk memohon
persetujuan. Ikuti perbualan ini dan lihat waktu yang tertera.
YB Dato'
Bolehkah kami, tenaga kerja penerbitan buku `Felda Jengka 4: Mengesan Jejak
Selepas 4 Dekad' meminang Dato' sebagai penaungnya? Jawapan dinanti.
Boleh
saja..
4:18am
Terima
kasih. Sila lihat dasar kewangan, dasar bahasa dan butiran modus operandi
penerbitan buku ini yang baharu sahaja saya pos dalam akaun Facebook Jengka 4,
Maran Pahang. Saya sedang mengajak penduduk Felda Jengka 4 melakukan satu misi
suci - membangun pendidikan anak bangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan