Selasa, 24 September 2013

Dairi Mimpi Ramadhan.


Sejak pagi, aku, Mahani Ibrahim terlalu sibuk dengan pelbagai kerja harian. Selepas solat Asar, aku melabuhkan jasad yang lesu dan penat, di sofa sambil menatap akhbar Berita Harian dan membaca pantas rencana pendek bertajuk, “Lailaturkadar.” Sungguh mengesankan rencana itu, tetapi sejauh atau selama mana aku tatapi, tidak aku sedari.
 Jumaat, 25 Ogos 2011
 Mohani Ibrahim, pada  malam 27 Ramadhan 1432H bersamaan 25 Ogos 2011, memanjatkan doa dan memohon keampunan daripada Allah SWT.
    “ Pada malam Lailaturkadar Ramadhan ini, Dengan nama Allah yang amat pemurah lagi mengasihani. Ya Allah, Hanya empat bulan saya merasai kegembiraan bersama TMK yang penuh dengan janji dan harapan. Malangnya janji dan harapan hampir malap dan berkecai. Hanya kepada-Mu, aku berserah, aku mohon keredhaan-Mu kembalikan lah TMK kepadaku dan menepati janji-janji kami. Jika harapan cinta, kasih dan sayang pada TMK untuk hidup bersama TMK tiada kau redhakan, Ya Allah kauambil  nyawaku ... dan pisahkan lah aku daripada TMK yang sangat aku cintai, demi kebahagiaannya. Pada malam yang barakah ini, Ya Allah jika tiada harapanku untuk hidup bersama TMK sebagai suami  isteri yang sah, ambillah nyawa aku ya Allah sebagai tanda cinta, kasih, sayang dan rindu saya kepada TMK.
    Sebagaimana  TMK menyerahkan Siti Aisyah kepada-Mu ...  untuk suaminya. Aku rela demi  TMKku. Ya Allah. Ya Allah, Ya Allah ... Allahhuakbar … Hanya, aku mohon keampunan dari semua dosaku yang lalu. Ya Allah dan tempatkan aku bersama orang-orang beriman dalam Syurga Firdaus. Amin.”
 Sabtu, 26 Ogos 2011
Mohani Ibrahim meluahkan rasa gelisahnya, “Semakin hampir Ramadhan mencecah hujungnya, hati semakin rasa gelisah bercampur takut. Bukan takut kepada kematian yang abang mohon dari Allah SWT, tetapi takut pada perpisahan antara kita berdua jika dimakbulkan. Nanti abang keseorangan di alam barzah berhadapan dengan malaikat Allah. Tetapi, Mimi keseorangan di dunia hadapi masalah alegik Mimi yang akan berterusan lebih 20 tahun lagi. Abang sangat sedih dan kasihan Mimi  hingga tidak terkata apa-apa lagi kerana tidak boleh buat apa-apa masa kini.
    Bahkan hati abang sejak dulu telah berjanji akan selamatkan Mimi. Jadi, pada masa yang sama, demi Allah abang nyatakan bahawa abang sentiasa merayu dan berdoa kepada Allah sepanjang masa dan Ramadhan ini, agar Allah yang maha kuasa akan membuat hati Mimi, sayang, cinta, kasih dan rindu pada abang setiap masa sepanjang hayat kita dan Allah memberkati janji-janji hati abang untuk menyelamatkan Mimi.
    Jangan kata  Mimi  selamat dan selesa, abang tahu dan dapat salami serta rasakan Mimi  sentiasa alegik dengan tragedI lepas. Maaf kalau terlanjur kata abang malam ini. Abang tetap sayang dan ikhlas dengan Mimi.
August 28, 2011
Tengku Mimi Khirlina  memujuk  dan mengucapkan, “ Terima kasih. Apa nak buat ... kita nak raya dah. Jangan lah bersedih. Hari Raya semua orang Happy, it’s ok, it’s alright, don’t be sad I'll be fine. Hati Mimi sama je ... bulan puasa ni lagi  banyak makan lauk hati ... berbesar hati dapat tengok dunia setiap hari ... Abang jangan lah sedih-sedih. Mimi, ok. Betul !
August 29, 2011
Mohani Ibrahim menyatakan rasa sanubarinya, “Sepanjang Ramadhan dan malam Lailaturkadar,10 malam terakhir, Abang sentiasa memohon ke hadrat Allah swt yang maha pengasih dan penyayang sama ada memberi peluang abang bernafas dan terus bersama Mimi  hingga janji tercapai ATAU mengambil nyawa abang dan memisahkan abang dengan Mimi  menjelang Aidilfitri.”
    “Aidilfitri telah menjelang dan hingga kini Allah masih memberi peluang abang bernafas untuk bersama Mimi lagi. Mungkin Allah memberi petunjuk masa depan kita bahawa Allah memberi peluang abang terus berusaha memiliki dan terus bersama Mimi. Moga Allah mempermudahkan segala usaha nanti,” sambung Mohani Ibrahim.
 August 30, 2011
Tengku Mimi Khirlina mengungkap kata, jangan menaruh harapan, " Eeem ...  janganlah mengharap sangat. Doa sahaja  kesejahteraan kita ... usia kita semakin bertambah ... perjalanan dah semakin hampir ke penghujung.. banyakkan je  beribadah.
August 30, 2011
Mohani Ibrahim menambah, “Tengku, Hari Raya yang menyedihkan abang. Abang hanya ke masjid untuk Solat Aidilfitri, ke kubur ayah, ke rumah emak dan ke rumah emak kakak sahaja ... Hari Raya ni abang tak akan ke mana-mana , abang sedih, abang akui, abang sangat rindu Mimi kerana abang sangat sayang Mimi. Abang rela ... hati abang sangat tersiksa. Abang akan terus berdoa dan mengharap hingga kita dipisahkan dengan kematian.
August 30, 2011
Mohani Ibrahim berkata kepada Siti Aisyah, “Semua orang boleh dengar uncle ketawa. Tapi tawa Uncle kini palsu ... tawa uncle penuh kecewa dan sedih yang tak dapat uncle gambarkan. Lebih baik tiada wajah dan tiada tawa uncle lagi di maya pada ini ... Biarlah uncle bersama Siti ... walaupun Siti istimewa.. tapi uncle hadapi kesengsraan dari yang Satu... Uncle rela ... Uncle mohon Dia ambil uncle ... jika harapan uncle untuk tawa gembira tiada lagi. Doa kan pilihan uncle,  Siti.”
August 30, 2011
Mohani  Ibrahim menyatakan harapan kepada Tengku Mimi Khirlina, “ Hope you will enjoy it!  You know I can't smile without you, I can't smile without you.  I can't laugh and I can't sing.  I'm finding it hard to do anything. You ssss ...”
     Tiba-tiba aku terasa badanku digegar. Aku mendengar suara memanggil namaku, “Bang ... bang ... Bangun sudah nak azan ni. Buka puasa. Tidur tak sedar diri.”  Aku terjaga daripada tidur. Rupa-rupanya aku bermimpi. Astagfirullah Al-Azim!

Oleh Mohamad Abd Ghani.

Tiada ulasan: