Sewaktu
menghantar proposal ceritaapaapasaja: Edisi Pengenalan kepada Unit Buku Umum
Karangkraf pada 19 Ogos lalu, blog ini hanya menerima kunjungan kira-kira
30,000 pembaca.
Waktu itu entri blog ini dikemaskini apabila
ada kelapangan malah ada ketikanya `terbiar’ begitu sahaja buat beberapa
minggu. Paling teruk sewaktu disapa `penyakit tidak bernama’ ceritaapaapasaja
bagai anak yatim piatu; tidak berayah dan tidak beribu.
Dengan bantuan Feedjit (enjin pengesan
paparan halaman), saya membuat eksperimen. Setelah proposal diemel, saya
membuat pelbagai promosi termasuk `mengumpan’ pembaca dengan isu-isu sensasi.
Antaranya tentu kisah `seorang jantan’ (istilah
ini digunakan secara sedar kerana Friend FB ini mempunyai naluri yang melebihi
lelaki biasa) yang syokkan saya, lelaki berusia.
Melalui Massage
Facebook (FB), jantan ini membuat pengakuan berani mati bahawa dia timbul
berahi apabila melihat foto profil FB saya (yang digunakan kini).
Massage
itu saya paparkan di FB dan blog ini. Hari itu sahaja paparan halaman meningkat
hingga melebihi 200 kunjungan sehari; sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum
itu.
Lebih mengujakan, tindakan jantan itu yang
tidak dapat mengawal `amarahnya’ dengan `menghentak’ Like puluhan kali, turut
mendapat perhatian.
Untuk laporan terkini, penemuan bekas pelajar yang kini menjadi penulis iaitu Nazali Noor di Wall Facebook Pengurus Besar Penerbitan Buku Karangkraf, Puan Sri Diah Shaharuddin, telah melonjak kunjungan yang mendadak iaitu hampir mencecah 400 paparan halaman awal pagi ini.
Nazali telah merangkaikan akaun Facebook saya dengan rakan-rakannya sewaktu di Sekolah Teknik Tuanku Jaafar, Seremban dahulu (1988-1989)

Alhamdulillah, genap sebulan inilah hasilnya
(lihat laporan Mr. Feedjit)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan