Emak - Allahyarham Timah Nor Ahmad |
Bekerja sebagai tukang rumah sekitar tahun 60-an dan 70-an, tidak membolehkan abah menyara keluarga kami secara mewah. Sebagaimana jiran-jiran yang lain, biasanya hidangan tengahari kami cuma nasi yang disedapkan dengan sambal, ikan kering, sayuran daunan atau sesekali ikan yang ditangguk atau dikail.
Sumber minum pagi, makan tengahari dan
makan malam betul-betul bersandarkan apa yang ada di keliling kami. Ubi atau
keledek rebus, cekodok atau lempeng yang menjadi juadah minum pagi adalah hasil
tanaman sekeliling rumah.
Juadah makan tengahari dan makan malam
biasanya sama; sambal, ikan kering, kangk
ung, bayam, pucuk paku, cekur manis
atau daunan tumbuhan hutan seperti cemperai yang diambil pucuknya.
Bersama adik kelima, Rusni, keenam (Halimaton Saadiah) dan ketujuh Ruslin. Adik bongsu, Wahida belum lahir ketika ini. |
Kalau sesekali hendak divariasikan, emak akan
menukar caranya sahaja; digulai, digoreng atau direndang tapi masih bahan
asasnya pucuk paku atau pucuk ubi.
Oleh kerana itulah agaknya, tubuhku
terkejut dengan kulitku menimbulkan bintik-bintik dan rasa gatal setiap kali
aku makan daging lembu atau kerbau di rumah khenduri atau pada setiap Hari
Raya.
Muka emak kulihat semacam berubah ketika
mendengar kata-kata yang terkeluar daripada mulut satu-satu anak lelakinya itu.
Sifat idealis seorang budak lelaki
berusia sekitar 14 hingga 16 tahunku, benar-benar menyentap nadi emak.
Kata-kata itu mungkin terucap kerana
pengetahuan baharuku di sekolah mengenai apa yang dikatakan nuterasi hari ini.
Manusia perlukan makanan seimbang untuk pertumbuhan badan.
Mungkin kerana sering berasa rendah diri
kerana tubuhku yang kecil dan rendah, emak pula menjadi korban tuduhan.
Menyedari
selembut-lembut emak, tentu tidak wajar sekali aku menghina dan memperkecilkan
kemampuannya dan abah untuk memberi kami makan yang lebih baik; insiden ini
tetap aku ingat kini. Kata-kata yang mengguris hati emak.
Semalam sewaktu hendak melaksanakan rutin
harianku menolak abah ke bilik air, perutku terasa lapar sekali kerana isteri
seminggu ini bertugas di luar kawasan.
“Ada nasi mak?,” tanyaku.
“Nasi sejuk adalah. Lauk tak ada. Cuba
tengok dalam tudung saji kalau ada lagi rendang lebihan semalam.”
Aku segera membuka tudung saji dan
mendapati rendang yang dikatakan emak cuma tinggal keledaknya.
Sambil menyuap lahap, terbayang kembali kata-kata
yang pernah kuucapkan kepada emak dahulu.
Kalaulah
emak seorang yang pendendam, boleh sahaja dia menjerkah,”hampas kelapa dalam
rendang itu lagi tidak ada vitamin jika dibandingkan dengan cendawan kukur dan
pucuk paku.”
Kalau emak hendak mengutuk dan menyiksa aku
lebih teruk, dialog ini boleh digunakan supaya aku tertiarap dan tidak bangun
lagi.
“Patut sangatlah. Pendapatan abah kau
berapa sangat waktu itu. Kau dapat beribu-ribu sebulan tapi hendak beli makanan
pun tak mampu. Masih mengharapkan hampas kelapa emak!”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan