Firdaus bersama rakan sekelasnya sewaktu Darjah 6 Merah iaitu Mona Liza dan Hayati Abdullah |
Firdaus yang tidak ditemui secara
berhadapan lebih 30 tahun lalu juga tidak berkesempatan untuk diajak berbual
panjang sewaktu majlis temukembali bekas murid Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku
Besar (TBS), Tampin Sabtu lalu.
Selain masing-masing sibuk berkongsi kisah
silam, muzik kuat melatari pertemuan benar-benar mengganggu. Lebih nostalgik
pada pertemuan begini pada masa akan datang dimainkan sahaja lagu-lagu yang
melatari kehidupan kita ketika itu secara perlahan. Namanya pun muzik latar,
bukan muzik utama.
Sebetulnya aku masih dapat mengecam wajah
Firdaus dan rakan-rakan sekelasnya Darjah 6 Merah yang masih kusimpan, malah
dipaparkan di laman sosial Facebook sebelum ini.
Masih segar benar dalam ingatan wajah
Noraslina Nasir (Aslina Kamila), Izza Noreeza, Mona Liza, Eddie Azman, Intan
dan ramai lagi.
Bagaimanapun peliknya, Firdaus mengundang
misteri apabila tidak memberi reaksi langsung pada hari pertama ceritanya
dipaparkan di blog dan promosi dilakukan di Facebook yang dia juga salah
seorang Friendku. Adakah sifat semula jadinya begitu?
Bagaimanapun sewaktu aku mengajarnya
dahulu, Firdaus seorang budak yang aktif; rajin bertanya dan sering menawarkan
diri untuk melakukan apa sahaja.
Kini Firdaus kulihat lebih banyak bersifat
`low profile’ walhal dia wartawan dan blogger ternama.
Benarlah! Aku dapat mengesan pegangannya
melalui blog Apanama, miliknya. Dia mungkin berpegang kepada kata-kata Indira
Ghandi yang turut aku sertakan dalam ceritanya sebelum ini.
Bagaimanapun agak lewat malam tadi,
penantianku berakhir. Peti mesej FBku berbunyi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan